Domo-kun Staring -->

26 December 2020

TEST JPJ part2




Hai. untuk malam ni,, aku nak cerita pasal test jpj tempoh hari. Alhamdulillah akhirnya lulus juga test jpj. urusan aku semuanya dipermudahkan. syukur sangat2.

lepas je aku pergi bayar untuk retest tu, aku dah dapat tarikh test. 15/12/2020. 

beberapa hari sebelum tu semua orang bagi semangat dekat aku. kakbell, paih, dia, ibu, kakak, and yang mengetahui la pasal aku ambil lesen kereta ni. 

malam sebelum test, aku ada mintak kakak teman aku untuk bawa kereta, macam untuk remind balik part clutch tu dekat mana apa semua. sebab dalam seumur hidup aku, aku hanya dapat drive bila belajar dengan cikgu sekolah memandu tu and test jpj. so hanya beberapa kali je seumur hidup HAHA.  lepas je tragedi aku rosakkan kereta kakak aku haritu, aku fobia jugak la nak bawak kereta dia. tu pun dia berbaik hati nak tanggung separuh kos repair kereta tu. hahaha

malam tu aku yakin aku boleh lulus dengan jayanya! aku telan panadol dan tidur.

pagi tu aku bangun n solat subuh, siap macam biasa. sampai sana dalam 7.50 and aku pun register. kalini tak beberapa nervous la sebab dah kali kedua. aku siap bawak roti dan bawak air teh guna cawan comel aku beli kat mitsui haritu HAHAHA. punya rileks siaaaa!

dah register and duduk kat pondok ujian JPJ. menunggu la sampai jpj tu panggil.. aku bernasib baik sebab aku hanya ulangan jalan raya, litar aku lulus. dan beryukur sangat aku dapat nombor giliran ke 4. sebab kakbell kata kalau kau dapat lambat2 memang jpj dah takde mood so senang dia nak cari kesalahan kau.




macam biasa, aku nampak pegawai jpj yang FAILkan aku haritu. Encik S. tak chill langsung jadi manusia. tah pape la. dia uruskan untuk kepilkan lesen dan borang test tu. pagi2 je dah nak maki2 orang. wei bro kau berurusan dengan orang awam tapi tak profesional langsung ! aku ada terfikir nak buat report pasal dia. ye la even kau penguji, takpayah la nak layan orang ni macam orang ni mintak sedekah dengan kau. penguji lain semua aku tengok chill je even muka ketat tak tegur orang langsung. 

masa memula test jpj haritu, aku nampak la seorang mamat ni, dia punya overconfident tahap dewa la. and aku nampak dia lagi masa mengulang ni. eh? dia bukan dah lulus ke haritu masa jalan raya? ooo rupanya dia mengulang litar. dia antara mamat pelik yang aku perasan masatu. dia pakai baju yang sama pulak wei masa first test haritu. haha lagi peliks. peliks juga la sebab dia ambil lesen auto kot. aku ni yela lesen manual.

masatu encik S borak dengan cikgu sekolah memandu and aku dengar la yang mengulang 10 orang, 1 auto 9 lagi manual. dia start dengan yang fail auto dulu. aku tengok je muka girl yang mengulang auto tu dapat jpj muka chill je. masatu dalam hati aku memang dah berzikir berselawat, aku tak bukak phone langsung lepas aku call ibu mintak restu. tengok jam pun kat tangan kiri. langsung tak tengok phone. selawat zikir semua yang aku tahu la. punya cara nak hilangkan rasa gementar tu. sebab semua orang bagi tips macamtu haha

lepas settle girl auto tu, dia keluar kereta n serahkan kertas test tu,,, aku taktau la dia islam ke apa tapi dia cakp finally. hahaha lantak la tapi aku happy la untuk dia. nak cakap congrats pun nasib aku belum tentu baik lagi. so aku teruskan berselawat n zikir.

tibalah giliran mengulang manual. aku nampak encik S pergi kat kereta 1, and encik SY dekat kereta 2. aku dah gabra dahhhhh. jangan la aku dapat encik S tu lagi. aku teruskan berzikir sambil tunggu calon 1 n 2 balik. lepastu tetiba calon 1(dengan encik S) dah sampai dulu. fuh aku dah seram, matilah aku. and calon 2(dengan encik SY) baru sampai. aku risau gila kalau dapat encik S tu! lepastu jpj kat dalam kata awak pergi kat kereta 05 kot(encik SY), masatu syukur ya Allah. Allah permudahkan lagi urusan aku.

aku masuk kereta, aku bagi salam. benda pertama aku buat, aku check handbrake n gear. and aku pakai seatbelt(benda ni aku fail). pastu encik SY tanya cermin semua nampak? aku jawab nampak. dia kata ok jalan takyah buat RSM. ke jalan 3. aku pun start la dengan tahan clutch, and kereta bergerak dengan jayanya. mulut masih tak berhenti berzikir baca bismillah pe semua ni HAHA. 

dia suruh aku bawak laju sikit but aku tengok meter 40km/j , nak keluar kawasan akademi tu kawasan kilang and aku pernah tanya cikgu Soleh(cikgu sekolah memandu yang ajar aku), kawasan kilang berapa hadlaju? dia kata 40 je. aku buat bodo je encik SY suruh laju HAHAH risau fail kan. 

lepastu aku dah masuk simpang pertama, dia suruh aku berhenti n uturn. aku cam..... speechless! aku siap tanya lagi, 
"encik saya gagal ke ni?" 
"tak, kita balik akademi"
"betul ke encik kita tak ke jalan 3 ni? saya tak gagal ke ni?"
"ye. awak bawak kereta ni balik akademi"

aku cam ha? ok dia nak cepat la ni ok ok. so aku pun drive je la slow2 dan berhati2. lepasje parking kereta dia suruh aku sign semua. aku cakap terima kasih kat dia banyak2 kali. syukur sangattttt!

aku pun gi la serahkan kertas test kat cikgu sekolah memandu, dia saja nak gertak aku, awak gagal ni. aku cam haaaa? 
"cikgu ni memain la. tadi penguji kata lulus?"
"taklah awak lulus. tahniah. serahkan borang ni kat pejabat eh"
"ok cikgu. terima kasih"




aku cecepat on ws n snap gambar. sent kat paih. haha. syukur sangattttt. lepastu aku masuk pejabat dan tanya procedure nak gi buat lesen. kerani opis tu kata sehari lepas test pun dah boleh. aku cam... esok aku full, takpe khamis or jumaat la. kebetulan aku memang cuti nak balik kampung pun. 

tapi penatttt sangat. sebab awal pagi dah bangun, kena pulak menunggu sejam sebelum test mula. aku masuk kerja macam biasa sebab dah janji dengan kakbell aku nak masuk petang. 

petang tu aku reward diri aku dengan makan sushi! hehe kebetulan ada Bonanza si Ali Malek bagitahu aku. hehehe

so aku pun gi buat lesen kt Jasin, memang dalam plan aku macamtu lah, selasa pass and jumaat gi buat lesen. tapi skrg semua limit, beratur jugak laaa. haha

murah je buat lesen sebab aku baca mana2 org tulis n website jpj pun rm60, so aku dah standby 60 tu untuk lesen. sekali jpj tu kata rm25 ye dik. ha aku cam murah nya. so aku tanya la balik. dia kata sebab aku tambah kelas lesen. oooo camtu. 

actually aku dah save rm140 kalau2 fail lagi ke apa kan. lepastu dah settle lesen rm25, duit lebih tu aku buat belanja ibu abah makan meebandung kat muar , and duit untuk ibu beli ayam. hehe

happy sangat sebab apa yang aku hajati semua dapat. urusan ku dipermudahkan. syukur ya Allah. Alhamdulillah. paling happy bila apa yang kau plan semua tercapai. memang dah plan lepas dapat lesen nak balik kampung n nak cari meebandung. hehe

byee! esok nak testdrive kereta paih. hope tak gigil HAHA


03 December 2020

TEST JPJ.

 


bosan nya. sekarang PKPB, nak pergi mana2 pun tak boleh. so offday aku terisi dengan tengok movie, dan tidur. hahah. tapi sempat gak aku keluar tadi gi cuci mata kat Mitsui Outlet Park. hahahah. 


okay la. aku sebenarnya nak cerita pengalaman aku pasal test jpj tempoh hari. keputusan nya? GAGAL HAHAHAH gagal dengan kesilapan paling bodoh. iaitu tak pakai tali pinggang keledar. bodoh nya. nak repeat bukan sikit punya kos oi. hahahha


hari yang dinantikan pun tiba. aku bangun dalam 6.15am camtu, mengeliat sikit2 pastu aku solat subuh. dah solat semua aku pun sesiap. aku sampai sana dalam 7.45 camtu then register. sebab akak kerani opis akedemi tu kata kena datang sebelum pukul 8 so aku pun datang la awal. dengan nervous semua, aku yela pakai kemeja, lencun teruks siot HAHA

dah register tu aku pun menunggu la dengan calon lain. ramai gila nokss orang kat situ. aku ingatkan dalam 10 org je hahahha sebab akak tu kata jpj hadkan kuota. hadkan pun ramai juga. ada juga la aku tengok calon lain sembang2 semua, aku duduk terpaku layan twitter dan ig. maklumlah aku ni bukan nya peramah.

rupenye test tu start dalam 9.30am. aku dapat sesi 1. so org akedemi arahkan kami buat jalanraya dulu. mindset aku, aku buat litar dulu. so aku nervous dan sangat gelabah. nasib tak terkencing kat situ. hahah. bila giliran aku sampai, aku masuk dalam kereta buat la rsm tapi satu je aku tak buat. kereta aku dah gerak sikit, tapi jpj tu tarik handbrake dan berkata ,,,

"Nor Safika, awak dah gagal." aku cam haaa??? gagal????
pastu jpj tu kata, " awak tahu tak awak gagal apa?"
"tak encik" 
"awak tak pakai tali pinggang keledar"

hahaha aku cam haaa terpinga2 burung berkicauan ...... sekelip mata je hahahha . aku pun turun dari kereta dan orang lain pula test. pastu ada juga calon lain tanya kenapa. aku selamber je cakap fail tak pakai seatbelt hahahhahahahhahahah cam bodo

lama juga tunggu nak buat rpk. aku ni menghafal punyala susah pe semua, baru buat bahagian enjin pakcik tu halau. alamak siot aku fail lagi ke ni ??? so aku tanya calon lain, ooo diorang nak jimatkan masa ..... aku cam alhamdulillah ....

so settle rpk, aku pun menunggu nak buat litar. masani sesi 2 start dulu. dekat bukit jpj bagi 2kali test. kalau tak sampai or terlebih utk 1st, boleh buat lagi sekali. kalau tak juga fail. aku cam nervous. nasib baik dekat aku, dipermudahkan. sekali je buat dah okay. pastu aku buat side parking and 3 penjuru. masa kat 3 penjuru tu aku lupa nak hon. and aku main jalan je HAHAH bodo nya. pastu aku terus buat Z n S. hahahahahhahahahah. lepas settle Z n S aku main berhenti je parking. aku gi tanya jpj kat parking 3 penjuru tu kena marah pulak. pastu aku parking balik dekat bukit utk calon lain test. aku tanya je dekat pakcik yg jaga area bukit, dia kata takpe jalan je so aku pun rileks je la. 

settle tu, tunggu dalam 20 minit camtu dah dapat result. pastu nama aku dipanggil, abg tu kata , " jumpa lagi ye.". aku cam ha saya fail ke? . pastu dia kata " ye awak fail, utk urusan retest kena tanya pejabat". pastu aku pun tanya ,,, "bahagian 2 saya fail ke?". dia kata bahagian 2 aku lulus. aku dah tarik nafas lega sangat2 walaupun bahagian 3 aku fail sebab aku lagi risau fail bahagian 2 dari 3. risau dekat bukit. sebab Z n S tu aku okay je. 

so aku pun pulang dengan perasaan kosong. nak nangis pun takleh, nak gembira pun tah. hahahaha tapi aku memang gelak la. paling kelakar aku rasa dalam hidup aku. sekarang ni aku tengah cari penawar or ubat or suntikkan utk hilangkan perasaan nervous ni. any suggestion? 


so esok 3 december aku nak gi bayar utk retest. hope aku boleh buat yang terbaik, dan buang segala perasaan nervous. buang jauh2. datang retest dengan perasaan kosong. hati yang kosong. 

26 July 2020

lesen kereta - KPP01 - Ujian Komputer



Hai semua. ada masa terluang ni saja la aku on blog ni balik. finally setelah sekian lama ada kat tepi wishlist aku ni, akhirnyaaaaa aku ambil lesen kereta juga !

Dah lama kot aku impikan nak ada lesen kereta ni. sekarang ni tengah proses ambil la. aku dah lepas KPP01 dan ujian komputer. alhamdulillah syukur aku lulus 49/50 :D 
Nak tips ke? korang kena selak2 juga buku KPP yang tebal macam buku prinsip akaun form 4&5. haritu aku gi ceramah KPP01 ada lepas habis ceramah tu campak je buku tu dalam tong sampah. bongok betul 

so nak jadikan cerita, aku ada la menabung konon2nya nak beli airpod pro. tapi sudahnya aku pi bayar lesen kereta. sebabkan mak aku nak buat rumah dekat kampung. jadi pulak tragedi kereta abah rosak kat tangkak masa lepas pi bincang dengan Acoi(kontraktor buat rumah)... so kakak aku cadang nak ambil kereta baru utk ibu abah guna ulang alik buat rumah sementara ni. Kakak aku dah pi apply semua la, memandangkan gaji basic dia tinggi dari aku so dia buat loan kereta takde guarantor. 

dua minggu lepas tu Acoi tepon la mak aku. dia dah buat kira2an harga rumah berdasarkan bajet dan permintaan mak aku yang dah bincang tempoh hari. bila mak aku dengar je harga rumah tu sekian2, mak aku pun cakap dia takjadi la nak beli kereta tu. dalam masa tempoh 2minggu tu kakak aku dah pi apply buat loan kereta dan dah lulus. 

so mak aku dah susah hati. biasalah orang tua kan, semua benda nak susah hati padahal takde bayar pape pun. aku tunggu kakak aku balik kerja(masatu offday aku) pastu bincang2 and aku rasa aku nak la kereta tu. loan pun dah lulus rasa rugi lak kalau tak ambil. benda dah tak susah pun. aku nak bayar tiap2 bulan(kira nanti kereta tu kereta aku gak la) tapi yang jadi masalah sekarang ni LESEN. aku takde lesen satu hal, kereta pun aku tak reti bawa so.... faham2 sendiri la nak beli pun buat apa tersadai kalau takdibawa kan.

so mak aku cakap pergi la daftar lesen. tak apa dapat lambat pun takde masalah. so aku pun buat perjanjian dengan ibu, sementara aku takde lesen dan nak tunggu rumah tu siap, aku rela hati la bagi ibu abah guna. hahahah sedih kan bila your first own car tapi kau takleh bawa sebab kau takde lesen HAHAHAH

contoh lesen memandu malaysia, sekarang ni aku ada cuma kelas B2 je haha
contoh lesen memandu malaysia, sekarang ni aku ada cuma kelas B2 je haha


so aku dah gi daftar lesen kat akedemi N tu, aku pun booking tarikh kelas KPP01 tu. aku memang dah ada lesen motor sebelum ni, akhir tahun 2011 kot aku ambil, nak masuk form 5 masatu. sebelum daftar tu aku gi riki la harga lesen D manual, rm1350 inc service tax(bodo la lesen pun ada tax ke) ye sekarang harga tu memang harga standard kerajaan. so nak taknak ko kena bayar gak la masuk tax lol. daftar mana2 pun sama je. 

dulu2 la kan aku tah macam anti dengar nama akedemi N tu but aku taktau aku gi daftar gak kat situ HAHAHAH dulu aku buat lesen motor kat area rumah aku je tapi skrg ni akedemi I tu macam taktau la buka ke tutup ke lingkup ke so aku takut nanti kalau belajarnya bukan dekat situ, takut kena tipu dipassing2 la, so sebabtu aku pilih pi daftar kat akedemi N ni jugak. lagipun dekat dengan tempat kerja aku(takde la dekat sangat 10minit gak la). aku takut n fobia dengar cerita org pi daftar2 lesen tapi duit lesap so aku rasa akedemi N ni tak menipu la sbb company dia dh lebih 10 years tak silap(kalau salah lantak la) and dia ada office n tempat belajar sendiri. so lebih trusted la. 

aku gi ceramah 6jam tu sumpah cam bosan. aku harap macam cikgu tu ajar la tapi memula je dia ajar blabla pastu dia melalut2 apa tah hahahahhahaha so berpandukan buku KPP dan apps yang diorg suruh download tu aku buat la soalan2 dalam tu. dulu2 soalan tu dalam buku gak skrg dh takde and skrg dah maju kan pakai apps la hahah

kakbell pun bagi semangat kat aku suruh google je soalan tu mesti ada and berbaki 2-3hari sebelum ujian komputer masa2 lapang takde customer aku buat la soalan2 ni. mostly soalan2 tu ulangan2 je. aku study2 sikit dlm buku tebal tu, aku jawab soalan. bagi yg first timer nak buat KPP01 ujian komputer maybe tak biasa sangat dengan term2 pelik jalanraya. tapi aku dah 8 tahun(2tahun Percubaan + 6 tahun Kompeten) dah biasa dengan papantanda jalanraya so boleh kira kacang juga la kan hahahha

bagi firstimer nak ambil ujian tu memang suggestion banyakkan buat soalan dan latihan dalam apps or dekat laptop ni link dia 


dulu2 aku ambil ujian komputer untuk lesen motor ni taktahu pape. sebab bodo la katakan. so first ujian tu aku gagal. aku ambil ulangan dan study banyak2 soalan belakang buku(ni zaman dulu skrg pakai apps) so 2nd ujian aku lulus.

tapi ni nak ambil utk lesen kereta pun aku masih nervous gila hahaha benda biasa. sebab ulangan skrg rm40 phew . aku study kaw2 sampai takleh tido, bangun pagi tu ujian pun aku study lagi, buat retest dlm apps semua. 

nak jadikan cerita harini 26 july 2020 aku ambil ujian komputer, aku bangun awal n takleh tido aku study lagi. pukul 8 camtu aku siap2 semua, aku gi lepak mcd kekonon sarapan la n study lg sikit. dalam 9.50pg aku sampai tempat ujian tu and daftar. dah siap thumbprint semua aku tunggu gak dalam 10minit camtu sebab komputer dan tempat sangat terhad, almaklumlah tengah kovid ni. 

so aku jawab soalan tu mmg baca bismillah banyak2. aku siap jawab dalam 20minit n ada lagi baki masa 25minit aku semak balik semua soalan n jawapan. aku baca satupersatu balik. and aku betulkan jawapan. lepastu aku dah rasa yakin, aku tekan tamat ujian and kat skrin tu nampak aku lulus but aku cam betul ke abai la. aku nak akak kerani tu print result tu utk aku and tengok atas kertas lagi berbaloi hahahhaha

so aku keluar dari bilik tu n serahkan ic. akak kerani tu tanya aku, "lulus tak" aku pun jawab, "ha entah tak tengok lak" pastu akak tu print je dia tengok. "alhamdulillah 1 je salah" . aku tengok sendiri ALHAMDULILLAH syukur..... seksyen A & B semua betul. dekat C je ada satu salah. aku rasa dekat soalan akta undang2 jalan raya denda berapa tu kot sbb aku kureng baca kat situ, aku hafal kat sistem KEJARA je hahahhaha

so akak tu pesan, "awak serahkan keputusan ni dekat akedemi ya utk buat lesen L" aku pun cakap terima kasih n berlalu pergi dengan perasaan amat gembira. padahal sebenarnya memang takut tak lulus je sebab aku dah taktau nak korek mana duit utk retest huhuhu

so aku singgah tempat kerja aku tadi and photostat ic(balik semalam lupa nak buat), then aku terus gi hantar result. tak sabar nak belajar pandu kereta pulak(MY WISH ) 

tq Allah for ease my exam. alhamdulillah. syukur.
and hope Allah always ease my life. ameen

05 July 2020

Kotak Hati.

Assalamualaikum.

Korang mesti pernah dengar dengar lagu Kotak Hati by Hujan kan? Lagu lama, keluar around 8 years ago. 

harini hati aku terpalit satu kesedihan. nak balik kerja tadi, aku tengah kemas2 barang tetiba aku boleh nyanyi lagu ni sendiri... 

dekat atas motor otw balik tadi pun aku nyanyi

dah balik, aku dah siap mandi semua, aku on laptop, on hotspot n buka youtube. search lagu ni kat youtube

aku dengar lagu ni sampai aku nangis sorang2. lirik yang paling terkesan dalam hati aku

"mimpi mimpi yang tak kembali, aku janji janji takkan pergi"

sedih.. mimpi tu takkan hadir lagi dah.. 2 kali bertemu dengan kau.. macam mimpi... dan aku sedar.. mimpi tu takkan kembali hadir dalam hidup aku.... kenapa pedih sangat perasaan aku sekarang ni...

09 June 2020

serbasalah - meluah atau memendam lebih baik?

assalamualaikum.

serbasalah - meluah atau memendam lebih baik?

susah sebenarnya benda ni. bak kata pepatah, diluah mati mak, ditelan mati bapak

aku tengah laluinya sekarang ni. dipendekkan cerita, haritu aku bergaduh besar dengan mr.Z. aku tertengking dia sebab dia tak buat apa yang aku suruh. aku tak sengaja masa tu tinggikan suara dekat dia. dia ni jenis hati tisu, memang cepat touching. aku sedaya upaya menjaga hati dia tapi aku pun manusia, beremosi.

so gaduh la masa tu. bila dia cakap dekat aku "sedar rupanya selama ni sakitkan hati saya, ingatkan awak tak sedar tadi". aku terus tersedar ye aku banyak lukakan hati dia. aku ni jenis suka meluah, bila aku rindu, aku bagitahu dia. tapi mungkin dia rimas. dia marah aku balik.

lepas dari tu, aku lebih berhati2 dalam berkata. kalau aku rindu pun aku takkan cakap. aku pendam. aku diam. aku taknak dia rimas dengan sikap aku. kalau membalas whatsapp pun aku akan baca 2kali sebelum hantar. taknak dia terluka lagi.

tapi dalam hati aku sebenarnya sakit. luka. pedih. bila kau terpaksa pendam semua perasaan kau. kau tak dapat meluah. kau hanya mampu diam dan terus diam. dan sekarang ni pun aku dah jarang post gambar dia kat mana2 socmed. sebab aku dah penat. aku penat aku buat segalanya tapi tidak bagi dia. kalau pun rindu, biarlah dia yang ungkap dulu. aku dah penat memberi tapi tidak pernah menerima.

aku kesal sebab aku ni seorang yang teruk. ye aku sangat menyesal. aku nak seorang lelaki melayan aku seperti seorang perempuan. macam perempuan lain. tapi aku tak pernah dapat semua tu. mungkin aku tidak ditakdirkan untuk bahagia seperti orang lain. dan mungkin juga tidak akan berkahwin...

mungkin sebab rupa paras aku yang tak beberapa cantik, sebab tu aku dapat layanan sebegini? skrg aku tengah nekad diet. aku nak cantik, aku nak kurus. aku dah penat dilayan sebegini.


09 April 2020

musim covid19 - PKP

assalamualaikum

sebenarnya tak tahu nak cerita apa. tapi jari ni rindu nak menaip panjang2. maklumlah musim PKP ni kena duduk dekat rumah, tak boleh keluar ke mana2. Malaysia diserang covid19 gelombang ke2 dan 14 april ni habis(tu pun kalau tak sambung lah).

aku pun tak tahu la keadaan macamana kalau sambung. gaji aku memang terang2 2minggu ditolak kalau tak dapat 15 sale. eh fak mana nak cari sales tengah macamni, pemasangan unifi pun tak boleh nak buat celah mana orang nak daftar? orang daftar tentu2 la nak pakai urgent lagi2 tengah PKP macamni. macam aku lah pishang, dah terbiasa ada wifi laju selalu download movie semua, bila tak boleh nak kerja macamni, memang pishang habis ooo

sekarang ni pun aku tengah ganti puasa. lagi beberapa hari nak menjelang Ramadhan tahun ini. tapi kalau PKP sambung memang tak merasa nikmat Ramadhan lah sebab tak dapat pergi bazar ramadhan n paling penting Solat Terawih

tahun lepas, dapat juga la pergi sehari dua kalau aku kerja pagi. nikmat dapat berjemaah dekat surau tu best. lagi2 kalau kau kerja yang tak tentu masa. Allahu

kehidupan sekarang? YA IM SINGLE HAHAHAH dah bukan lagi tunangan orang. lega doh bila putus tunang. HAHAHAH but tak lah betul2 single pon lepas je putus takes time juga and ada penganti dah. orang jauh. so LDR lah. and almost 3months dah. Alhamdulillah. 

kalini sangat memahami. memahami kerjaya aku, kehidupan aku. tak mengongkong. Alhamdulillah. moga dia benar2lah jodoh aku. sebenarnya penat juga nak mulakan balik semua tu tapi nak buat cemana, hidup perlu diteruskan dan perlu happy2 aja. malas nak pening2, so kita rileks tak payah fikir pasal kawin.


 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring