Domo-kun Staring -->

03 December 2020

TEST JPJ.

 


bosan nya. sekarang PKPB, nak pergi mana2 pun tak boleh. so offday aku terisi dengan tengok movie, dan tidur. hahah. tapi sempat gak aku keluar tadi gi cuci mata kat Mitsui Outlet Park. hahahah. 


okay la. aku sebenarnya nak cerita pengalaman aku pasal test jpj tempoh hari. keputusan nya? GAGAL HAHAHAH gagal dengan kesilapan paling bodoh. iaitu tak pakai tali pinggang keledar. bodoh nya. nak repeat bukan sikit punya kos oi. hahahha


hari yang dinantikan pun tiba. aku bangun dalam 6.15am camtu, mengeliat sikit2 pastu aku solat subuh. dah solat semua aku pun sesiap. aku sampai sana dalam 7.45 camtu then register. sebab akak kerani opis akedemi tu kata kena datang sebelum pukul 8 so aku pun datang la awal. dengan nervous semua, aku yela pakai kemeja, lencun teruks siot HAHA

dah register tu aku pun menunggu la dengan calon lain. ramai gila nokss orang kat situ. aku ingatkan dalam 10 org je hahahha sebab akak tu kata jpj hadkan kuota. hadkan pun ramai juga. ada juga la aku tengok calon lain sembang2 semua, aku duduk terpaku layan twitter dan ig. maklumlah aku ni bukan nya peramah.

rupenye test tu start dalam 9.30am. aku dapat sesi 1. so org akedemi arahkan kami buat jalanraya dulu. mindset aku, aku buat litar dulu. so aku nervous dan sangat gelabah. nasib tak terkencing kat situ. hahah. bila giliran aku sampai, aku masuk dalam kereta buat la rsm tapi satu je aku tak buat. kereta aku dah gerak sikit, tapi jpj tu tarik handbrake dan berkata ,,,

"Nor Safika, awak dah gagal." aku cam haaa??? gagal????
pastu jpj tu kata, " awak tahu tak awak gagal apa?"
"tak encik" 
"awak tak pakai tali pinggang keledar"

hahaha aku cam haaa terpinga2 burung berkicauan ...... sekelip mata je hahahha . aku pun turun dari kereta dan orang lain pula test. pastu ada juga calon lain tanya kenapa. aku selamber je cakap fail tak pakai seatbelt hahahhahahahhahahah cam bodo

lama juga tunggu nak buat rpk. aku ni menghafal punyala susah pe semua, baru buat bahagian enjin pakcik tu halau. alamak siot aku fail lagi ke ni ??? so aku tanya calon lain, ooo diorang nak jimatkan masa ..... aku cam alhamdulillah ....

so settle rpk, aku pun menunggu nak buat litar. masani sesi 2 start dulu. dekat bukit jpj bagi 2kali test. kalau tak sampai or terlebih utk 1st, boleh buat lagi sekali. kalau tak juga fail. aku cam nervous. nasib baik dekat aku, dipermudahkan. sekali je buat dah okay. pastu aku buat side parking and 3 penjuru. masa kat 3 penjuru tu aku lupa nak hon. and aku main jalan je HAHAH bodo nya. pastu aku terus buat Z n S. hahahahahhahahahah. lepas settle Z n S aku main berhenti je parking. aku gi tanya jpj kat parking 3 penjuru tu kena marah pulak. pastu aku parking balik dekat bukit utk calon lain test. aku tanya je dekat pakcik yg jaga area bukit, dia kata takpe jalan je so aku pun rileks je la. 

settle tu, tunggu dalam 20 minit camtu dah dapat result. pastu nama aku dipanggil, abg tu kata , " jumpa lagi ye.". aku cam ha saya fail ke? . pastu dia kata " ye awak fail, utk urusan retest kena tanya pejabat". pastu aku pun tanya ,,, "bahagian 2 saya fail ke?". dia kata bahagian 2 aku lulus. aku dah tarik nafas lega sangat2 walaupun bahagian 3 aku fail sebab aku lagi risau fail bahagian 2 dari 3. risau dekat bukit. sebab Z n S tu aku okay je. 

so aku pun pulang dengan perasaan kosong. nak nangis pun takleh, nak gembira pun tah. hahahaha tapi aku memang gelak la. paling kelakar aku rasa dalam hidup aku. sekarang ni aku tengah cari penawar or ubat or suntikkan utk hilangkan perasaan nervous ni. any suggestion? 


so esok 3 december aku nak gi bayar utk retest. hope aku boleh buat yang terbaik, dan buang segala perasaan nervous. buang jauh2. datang retest dengan perasaan kosong. hati yang kosong. 

 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring