assalamualaikum.
Sebenarnya. Aku tak boleh nak tidur.
Petang semalam. Kami warga DSK dikejutkan dengan berita yang menyayat hati. Seorang dari rakan kelas kami, meninggal dunia akibat kemalangan. Mengapa kenapa bagaimana itu semua aku taknak tahu. Aku sedih.
Masa lepas maghrib tadi(semalam), aku dah siap2 nak pegi makan kat kedai depan. Tetiba hp aku bunyi. Shafiq(bdk wechat), dia chat aku.
"Kwn awk Ishak dh xde" (kawan awak, Ishak dah takde)
Bila aku baca macamtu, aku tak percaya. Bab mati weh nak dibuat main. Aku tak percaya sebab tengahari tadi(semalam) elok je dia datang kelas, buat kuiz AKPK, buat practical work Business Comm sesama. Elok je dia bergurau dengan aku, gelak2 semua.
"Ha?"
"Weh main2 la"
"Jangan la main2"
"Kiteorg elok je buat kuiz sesama tadi"
"Betul xtipu"
"Serius"
"Ishak abd razak ke?"
"Ye awk"
"Yg naik 125 biru tu?"
- kawan aku hantar dua keping gambar arwah kat tempat kejadian. -
"Kat mana ni"
"Serius la"
"Dia kat mana?"
"Dye dh xde awk" (dia dah takde awak)
"Kat mana ni"
"Jangan la main2"
"Awak"
"Awak jawab la"
"Awak kat mana ni?"
"Sy kt hw bru tu" (saya kat highway baru tu)
"Hw belakang" (highway belakang, highway baru buka shortcut ke pasir panjang)
"Hw belakang? Jauh tak?"
"Jauh jugak la"
Tu antara perbualan aku dgn member aku. Kebetulan dia ni pun rapat dgn arwah.
Aku bagitahu kat housemate, dia meraung sbb last arwah cakap dgn dia pasal solat. Arwah mmg rajin nasihat org bab2 agama ni. Tapi arwah ni mmg gila sempoi kalau korg kenal dia lagi dalam.
Aku nekad pakai tudung tadi. Nak pegi highway baru tu nak tengok arwah kat tempat kejadian. Aku pegi dgn zati.
Aku pusing ikut jalan taman poli sampai traficlight sunggala tapi tak jumpa. Dah sampai kat depan family store bdk kelas yg ada kat tempat arwah eksiden tu kata jenazah otw ke hospital pd. Aku terus tunggu kat hospital memandangkan jarak family store ngn hospital tak sampai 500meter kat depan.
Sampai kat hospital, aku tunggu Atikah n geng sampai, kiteorg terus ke unit forensik. Tapi berkunci. Masa tu Puan Juhana(lect Business Comm/ PA kami) pun ada dgn seorg anak dia. Lebih 10 minit kami tunggu bilik tu bukak tapi takde org. Diorg kata pusing belakang ke bilik mayat.
Kami pusing kami tunggu. Aku ingatkan jenazah dah kat dlm bilik tu. Rupanya sbb takde petugas yg on call, jenazah tu masih dlm truck polis. Lebih 20minit gak tunggu petugas on call sampai. Bila dia bukak pagar, terus mereka(polis) keluarkan jenazah dari truck polis.
Pakcik polis tu laung,
"Siapa nak tengok arwah buat kali terakhir, sila masuk. Sebab lepas ni tak buka dah"
Bila aku masuk tu, pakcik polis tu tengah buka beg mayat tu.
Satu perkataan terdetik
"Ya Allah.. Memang dia yang..."
Terus mengalir air mata aku. Wajah dia tenang je. Macam tengah tidur. Aku tak tau nak kata apa masa tu. Sebak sedih. Masa tu aku pejam mata aku terbayang muka arwah, tubuh arwah masa dalam kelas tadi.
Tapi siyes tadi aku pelik. Selalu arwah orang yang second or last sampai kelas. Kali ni arwah sampai kat kelas awal gila kau tahu?
Aku pun terperli dia dengan niat saja nak bergurau,
"Weh pahal awal gila kau datang kelas harini? Kau mimpi dapat markah kuiz A ke weh?"
Masa tu arwah balas apa ntah aku tak ingat tapi harini mood arwah happy semacam.
Memula arwah duduk sebelah aku, pegang nota akpk nak study. Pastu tetiba mak aku call. Aku jawab la. Then dia blah pegi sebelah ayu. Pastu kami borak2. Aku cakap la dgn arwah,
"Weh harini Zati macam Madam Shima. Cer kau ambek gambar madam pastu letak sebelah dia"
Arwah buat bebetul tadi. Pastu kiteorg tengok, hahaha serius sama. Kiteorng semua gelak2 la bagai kan.
Time kuiz arwah duduk belakang aku. Lepas tu lect suruh tanda kertas org belakang n hadapan. Kebetulan. Aku tanda kertas arwah, arwah tanda kertas aku. Masih segar dalam ingatan aku, soalan true false tu arwah betul semua.
Lepas tanda tu arwah tak tolong totalkan. Aku dah siap aku guna hp aku. Pastu suruh arwah tulis markah n sign. Aku letak hp aku atas meja arwah, arwah acah nak ambek hp aku.( arwah mmg suka usik org )
Lepas habis kelas akpk, kelas law takde.
Pastu pkul 1 bdk kelas bgtau kelas business com skrg. Kebetulan puan suruh buat assignment tu smpai siap. Kami duduk satu baris. Arwah bincang ngn ayu. Aku, zati n fatin bincang bertiga tapi semua tiru jawapan hahahahahahaha
Lepas tu kami balik.
Sebab tu aku gila terkejut masa member aku gtau pasal tu.
Sambung cerita bilik mayat---
Aku nangis aku peluk Ayu. Lepas tu aku keluar. Aku habiskan sisa tangisan. Lepas tu aku dengar puan juhana kata apa ntah.
Budak kelas kata nak iring jenazah ke muar naik bas poli. Tapi tak semua boleh pegi. Masa tu aku marah jugak la tapi lama lama aku redha. Aku dapat jugak tengok arwah buat kali terakhir.
Ni aku masih tak tido lagi dan jam pukul 5 pagi. Aku tak boleh tido. Aku masih terbayang kenangan dgn arwah. Arwah banyak tolong bab assignment. 3 sem satu kelas dengan arwah mmg banyak jasa baik.
Antaranya arwah ada marah aku pasal aku selalu ulang alik pd melaka semata pegi jumpa ex aku. Ada betul jugak tapi semua nasihat tu aku jadikan pedoman. Thanks sabahat.
Then, puan kata,
"Awak semua boleh balik la. Sebab diorang takkan buka sampai esok pagi bilik mayat ni. Apa apa kita tunggu esok. Siapa nak ikut ke muar pagi2 tunggu kat foyer pengarah"
Kami tunggu jugak dlm 10minit sbb masing terkejut tak sangka. Arwah orangnya sangat baik, gurau kasar cemana pun tak pernah simpan dalam hati, ada dulu masa buat assignment, masa tu dia tengah ada problem dgn gf dia, dia duduk sebelah aku, cerita..
"Weh pika.. Aku tengah putus cinta ni"
"Kenapa beb? Cerita lah"
"Ni ha blablablablabla "
Arwah ni memang. Dia sekali bukak mulut, habis membebel dia. Tapi seronok. Serius la aku masih terngiang2 suara dia dalam minda aku.
Lepas tu kami balik. Dak2 ni ajak lepak kedai Fasha. Serius mood semua kelaut. Terkejut.
Aku rasa bdk2 kelas mesti takleh tido. Yup sebab aku pun tak boleh nak tido. Aku terbayang masa kat bilik mayat tadi. Serius Ya Allah dia... Mayat terkujur atas stracher tadi tu dia. Pakai baju kelabu fav dia, seluar slack warna khaki. Ya Allah........
Pagi nanti punya jalan cerita aku masih taktahu tapi pukul 2 tadi budak kelas ada share nak lawat jenazah buat kali terakhir sebelum post mortem pukul 8-9.30pagi. And then diorang kata,
"Kalau kita tak dapat iring sampai muar, kita tengok kat hospital je ye"
Aku rasa lega juga tapi nak juga pegi tengok buat kali terakhir.
Alfatihah
Muhammad Ishak Bin Abdul Razak
14April95-2Ogos16