Domo-kun Staring -->

26 December 2020

TEST JPJ part2




Hai. untuk malam ni,, aku nak cerita pasal test jpj tempoh hari. Alhamdulillah akhirnya lulus juga test jpj. urusan aku semuanya dipermudahkan. syukur sangat2.

lepas je aku pergi bayar untuk retest tu, aku dah dapat tarikh test. 15/12/2020. 

beberapa hari sebelum tu semua orang bagi semangat dekat aku. kakbell, paih, dia, ibu, kakak, and yang mengetahui la pasal aku ambil lesen kereta ni. 

malam sebelum test, aku ada mintak kakak teman aku untuk bawa kereta, macam untuk remind balik part clutch tu dekat mana apa semua. sebab dalam seumur hidup aku, aku hanya dapat drive bila belajar dengan cikgu sekolah memandu tu and test jpj. so hanya beberapa kali je seumur hidup HAHA.  lepas je tragedi aku rosakkan kereta kakak aku haritu, aku fobia jugak la nak bawak kereta dia. tu pun dia berbaik hati nak tanggung separuh kos repair kereta tu. hahaha

malam tu aku yakin aku boleh lulus dengan jayanya! aku telan panadol dan tidur.

pagi tu aku bangun n solat subuh, siap macam biasa. sampai sana dalam 7.50 and aku pun register. kalini tak beberapa nervous la sebab dah kali kedua. aku siap bawak roti dan bawak air teh guna cawan comel aku beli kat mitsui haritu HAHAHA. punya rileks siaaaa!

dah register and duduk kat pondok ujian JPJ. menunggu la sampai jpj tu panggil.. aku bernasib baik sebab aku hanya ulangan jalan raya, litar aku lulus. dan beryukur sangat aku dapat nombor giliran ke 4. sebab kakbell kata kalau kau dapat lambat2 memang jpj dah takde mood so senang dia nak cari kesalahan kau.




macam biasa, aku nampak pegawai jpj yang FAILkan aku haritu. Encik S. tak chill langsung jadi manusia. tah pape la. dia uruskan untuk kepilkan lesen dan borang test tu. pagi2 je dah nak maki2 orang. wei bro kau berurusan dengan orang awam tapi tak profesional langsung ! aku ada terfikir nak buat report pasal dia. ye la even kau penguji, takpayah la nak layan orang ni macam orang ni mintak sedekah dengan kau. penguji lain semua aku tengok chill je even muka ketat tak tegur orang langsung. 

masa memula test jpj haritu, aku nampak la seorang mamat ni, dia punya overconfident tahap dewa la. and aku nampak dia lagi masa mengulang ni. eh? dia bukan dah lulus ke haritu masa jalan raya? ooo rupanya dia mengulang litar. dia antara mamat pelik yang aku perasan masatu. dia pakai baju yang sama pulak wei masa first test haritu. haha lagi peliks. peliks juga la sebab dia ambil lesen auto kot. aku ni yela lesen manual.

masatu encik S borak dengan cikgu sekolah memandu and aku dengar la yang mengulang 10 orang, 1 auto 9 lagi manual. dia start dengan yang fail auto dulu. aku tengok je muka girl yang mengulang auto tu dapat jpj muka chill je. masatu dalam hati aku memang dah berzikir berselawat, aku tak bukak phone langsung lepas aku call ibu mintak restu. tengok jam pun kat tangan kiri. langsung tak tengok phone. selawat zikir semua yang aku tahu la. punya cara nak hilangkan rasa gementar tu. sebab semua orang bagi tips macamtu haha

lepas settle girl auto tu, dia keluar kereta n serahkan kertas test tu,,, aku taktau la dia islam ke apa tapi dia cakp finally. hahaha lantak la tapi aku happy la untuk dia. nak cakap congrats pun nasib aku belum tentu baik lagi. so aku teruskan berselawat n zikir.

tibalah giliran mengulang manual. aku nampak encik S pergi kat kereta 1, and encik SY dekat kereta 2. aku dah gabra dahhhhh. jangan la aku dapat encik S tu lagi. aku teruskan berzikir sambil tunggu calon 1 n 2 balik. lepastu tetiba calon 1(dengan encik S) dah sampai dulu. fuh aku dah seram, matilah aku. and calon 2(dengan encik SY) baru sampai. aku risau gila kalau dapat encik S tu! lepastu jpj kat dalam kata awak pergi kat kereta 05 kot(encik SY), masatu syukur ya Allah. Allah permudahkan lagi urusan aku.

aku masuk kereta, aku bagi salam. benda pertama aku buat, aku check handbrake n gear. and aku pakai seatbelt(benda ni aku fail). pastu encik SY tanya cermin semua nampak? aku jawab nampak. dia kata ok jalan takyah buat RSM. ke jalan 3. aku pun start la dengan tahan clutch, and kereta bergerak dengan jayanya. mulut masih tak berhenti berzikir baca bismillah pe semua ni HAHA. 

dia suruh aku bawak laju sikit but aku tengok meter 40km/j , nak keluar kawasan akademi tu kawasan kilang and aku pernah tanya cikgu Soleh(cikgu sekolah memandu yang ajar aku), kawasan kilang berapa hadlaju? dia kata 40 je. aku buat bodo je encik SY suruh laju HAHAH risau fail kan. 

lepastu aku dah masuk simpang pertama, dia suruh aku berhenti n uturn. aku cam..... speechless! aku siap tanya lagi, 
"encik saya gagal ke ni?" 
"tak, kita balik akademi"
"betul ke encik kita tak ke jalan 3 ni? saya tak gagal ke ni?"
"ye. awak bawak kereta ni balik akademi"

aku cam ha? ok dia nak cepat la ni ok ok. so aku pun drive je la slow2 dan berhati2. lepasje parking kereta dia suruh aku sign semua. aku cakap terima kasih kat dia banyak2 kali. syukur sangattttt!

aku pun gi la serahkan kertas test kat cikgu sekolah memandu, dia saja nak gertak aku, awak gagal ni. aku cam haaaa? 
"cikgu ni memain la. tadi penguji kata lulus?"
"taklah awak lulus. tahniah. serahkan borang ni kat pejabat eh"
"ok cikgu. terima kasih"




aku cecepat on ws n snap gambar. sent kat paih. haha. syukur sangattttt. lepastu aku masuk pejabat dan tanya procedure nak gi buat lesen. kerani opis tu kata sehari lepas test pun dah boleh. aku cam... esok aku full, takpe khamis or jumaat la. kebetulan aku memang cuti nak balik kampung pun. 

tapi penatttt sangat. sebab awal pagi dah bangun, kena pulak menunggu sejam sebelum test mula. aku masuk kerja macam biasa sebab dah janji dengan kakbell aku nak masuk petang. 

petang tu aku reward diri aku dengan makan sushi! hehe kebetulan ada Bonanza si Ali Malek bagitahu aku. hehehe

so aku pun gi buat lesen kt Jasin, memang dalam plan aku macamtu lah, selasa pass and jumaat gi buat lesen. tapi skrg semua limit, beratur jugak laaa. haha

murah je buat lesen sebab aku baca mana2 org tulis n website jpj pun rm60, so aku dah standby 60 tu untuk lesen. sekali jpj tu kata rm25 ye dik. ha aku cam murah nya. so aku tanya la balik. dia kata sebab aku tambah kelas lesen. oooo camtu. 

actually aku dah save rm140 kalau2 fail lagi ke apa kan. lepastu dah settle lesen rm25, duit lebih tu aku buat belanja ibu abah makan meebandung kat muar , and duit untuk ibu beli ayam. hehe

happy sangat sebab apa yang aku hajati semua dapat. urusan ku dipermudahkan. syukur ya Allah. Alhamdulillah. paling happy bila apa yang kau plan semua tercapai. memang dah plan lepas dapat lesen nak balik kampung n nak cari meebandung. hehe

byee! esok nak testdrive kereta paih. hope tak gigil HAHA


 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring