Domo-kun Staring -->

12 September 2019

Blacklist Telco?




Assalamualaikum.


Lamanya tak menaip macamni. Kehidupan makin lama makin busy(sebenarnya tak pun) (kerja depan pc, ada wifi 100mbps) kehidupan aku sekarang Alhamdulillah baik baik saja. Haritu pun kurang sihat sedikit so aku pun pergi cari ubat dekat farmasi(malas nak pergi klinik kerajaan).

Nak cerita ni pasal BLACKLIST TELCO. benda ni sumpah buat aku rasa cam nak suruh je yang tukang ugut tu bayar. Dulu aku pakai Umobile prepaid( yaa sebelum ni first nombor aku, aku beli dari MAXIS. dari first aku ada nombor sendiri memang maxis sampailah aku masuk politeknik, aku tambah lagi satu nombor iaitu DIGI. dua2 tu prepaid la. masa tu mindset aku BIL itu MAHAL. so aku memang pakai prepaid sampailah aku dah kerja.

Masa dekat poli memang aku guna 2 nombor, main still maxis but digi aku buat gayut dgn ex aku(dia yg pakai digi) so masatu ada promo buddyz kot yg ada freecall tu HAHAHAHA (sekarang dah tak heran dengan freecall bagai ni)

sem 5 kot tak silap aku, aku dapat beli iphone 5s(bangga gila padahal beli tu 2016 kira cam lopek gak ah sebab 5s keluar 2013) so aku decide nak tukar nombor main (aku nak guna nombor DIGI tu sahaja, nak terminated nombor maxis prepaid tu. masatu aku taktahu nak dan boleh terminated nombor kalau dah taknak guna. so aku biarkan nombor maxis tu tak bertopap sampailah not in service. rasa sayang jugak sebab nombor tu agak cantik, nombor digi ni pulak ada 8(nombor bertuah family aku but not me) sebab aku rasa nombor bertuah aku 6 dan 3 sahaja :P

Nak jadikan cerita, masa aku sem 3,, yes4g ada la buat promotion broadband dekat poli aku. aku pun macam tertarik sebab kadang2 untuk buat assignment terpaksa hotspot dari hp yang tak berapa nak laju(dah la internet prepaid MAHAL gila masatu). so aku pun register la sebab promo tu kata perlu bayar bulan pertama je. masatu aku serius tak tahu internet untuk beberapa GB tu terlalu MAHAL(janji laju dah ah) bayar pulak pakai duit ptptn HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA





Nak jadikan cerita masa 2bulan nak habis sem 6(akhir 2016) , broadband yang aku guna tu (huddle xs) tetiba je rosak. nak claim warranty masatu dah nak habis contract,warranty 1 tahun je, aku pun dah tak bayar(beli data prepaid je la yg mahal tu). yg bongoknya aku biarkan je bil yes tu berjalan sampailah habis contract (jan 2017). dan ada la baki tertunggak dalam rm600-700 something la. aku buat bodo je sbb 2017 aku repeat sem pastu takde ptptn dah(ptptn mmg dah habis n aku takde simpan n ptptn bg sampai sem6 je)

lepastu bermula la kisah macam2 org call aku untuk tuntut hutang tu. aku memang nak bayar tapi lepas habis belajar aku kerja partime(aku masih bergantung bawah kakak aku). gaji partime berapa sen sgt. masatu gaji aku bayar tu ni habis dah. tinggal la ringgit2. so aku pun biarkan je hutang tu. macam2 call la aku dapat sampai la akhir bulan Ogos 2019. orang tu cakap kalau aku tak bayar penuh diorang nak tarik aku ke mahkamah(BULLSHIT). aku baru nak start bayar balik kot dari Ogos 2019 sebab aku nak beli phone buat loan(iphone semestinya) tapi nak pakai nama sendiri gerenti tak lepas sebab blacklist bodoh ni. nak tukar telco lain pun payahhh wehhhh!!!

nombor yg aku pakai skrg sediamaklum dulu beli bawah digi prepaid. lepastu aku port in ke celcom prepaid. lepastu aku taktahan pakai celcom prepaid sebab data dia mahal gila(org kaya kaya je pakai celcom ni). masatu aku couple dgn ex aku yg kt PD(repeat sem 7) dia pakai umobile, dia kata internet laju n murah, so beberapa hari ex aku tu cadangkan, aku gi center umobile kat seremban untuk tukar telco. masatu hepi sebab internet kat PD agak laju utk coverage umobile then ada data free semua. happy gile sebab tak payah beli data(pakai yang free je). promo masatu APPZONZ kot(Unlimited IG FB TWT). aku topap just untuk call ibu n ex je.

aku balik rumah, internet agak okay la sebab free so takde nak merungut sgt pun. MEMANG OKAY LAJU BERDESUP kot dulu pakai umobile. aku still pakai prepaid sampailah may 2018,, aku gi tukar ke postpaid 99(unlimited semua benda)(masatu rasa kaya dan mampu nak bayar). tapi yg aku heran masatu nama aku okey je(tak blacklist or sangkut nak tukar dari prepaid ke postpaid). aku ajak bf aku sekali masuk(tunang aku skrg ni). dalam dua bulan aku pakai p99 lepastu umobile keluar plan gx50. aku geram gila sbb aku dah 2 bulan bayar mahal2 sbb kat tempat kerja aku, aku guna wifi(means dekat rumah je aku perlukan internet). aku pun buat survey semua. lepastu aku switch plan. agak okay lagi dengan harga. 

bila aku dah tukar hp je makin lama umobile makin siput dan siput so aku ambil keputusan untuk masuk celcom postpaid. tapi masatu nama aku blacklist. aku rasa cam...... blergh

nasib baik ada member aku kerja telcolab, so aku daftar bawah dia. nasib baik la lepas. aku happy gila dapat tukar ke celcom sebab celcom laju cuma data je tak cukup. ni pun payah gak sbb dalam sebulan aku guna dalam 15gb macamtu la. data yg dibagi ni 10gb je(MANA NAK CUKUP!!)

so bila rasa nak tukar telco ni susah, tu aku rasa aku nak settle kan blacklist aku sikit2. haprak betul kaki ugut tu. aku nak bayar sikit2 la mangkok.!!!!!

bila pagi tu aku dapat call kata nak tarik kes aku ke mahkamah, aku terpaksa korek balik simpanan aku n pinjam duit ibu sikit untuk settlekan terus lumpsum hutang bodoh tu. (ok gaji je dah bayar balik duit ibu). lepastu dah takde org kacau aku kutip hutang dah.

lagisatu aku tahu nama aku blacklist sebab aku kerja jual postpaid jugak, so aku check dari situ la keluar error nama aku ada blacklist dgn yes bodo tu. lepas 24jam aku settlekan yes bodo tu, terus nama aku clear(boleh daftar postpaid yg aku jual).


Nak settle blacklist? korang kena bayar juga kalau memang korang yang pakai. 
kalau bukan korang yang pakai? means fraud, ada org guna nama korg utk daftar apa2 plan? kena baca kat link ni. akak ni ajar cemana ko nak settlekan blacklist yg bukan korg punya(ada org guna nama korg)

sekarang ni tinggal hutang ptptn je nak settlekan. dah aku serik nak berhutang. seksa hidup. tiap2 bulan ada org call ugut macam2. 

so sebelum nak berhutang apa apa, korang kena semak balik komitmen, tanggungan korang. jangan jadi muflis dimasa muda. org tua tua kata, ukur baju dibadan sendiri.

ok tu je nak cerita kali ni. byeee~



comel kan? rindu domokun dekat rumah 

 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring