Domo-kun Staring -->

29 August 2016

In Memory Our Classmate part2

Assalamualaikum.

Walaupun dah hampir sebulan, namun masih segar dalam ingatan aku..

Sambungan cerita dari part 1 In Memory Our Classmate,

Aku tak dapat tidur. Lepas aku siapkan entry part1, aku dapat tidur setengah jam, 6 setengah aku terjaga sebab alarm berbunyi. Aku tak dapat lena lepas tu.

Pkul 7.15 macamtu aku pi bilik housemate aku. Aku tengok mata Mira, bengkak. Aku pi bilik sebab nak tanya nak pi hospital tak. Aku fikir, kalau tak dapat ikut pi Muar hantar jenazah sampai ke sana, tengok kat hospital pun jadilah.

Mula2 aku nekad nak pi naik moto, sebab diorang nak tumpang kereta classmate aku, then diorang ambek keputusan nak sewa kereta je. So aku tumpang kereta tu sekali, tong minyak n sewa la.

Aku pakai pun ala ala memang macam makcik kat kampung. Baju kurung yang nampak lusuh, tudung hitam dan aku tak mandi. Sebab.. Nanti pun nak kena mandi gak.

Dalam 9.15 camtu kiteorang sampai kat hospital, ramai masa tu dah pi tengok arwah. Diorang suruh kiteorang masuk kat bilik mayat.

Masa tu, nampak ramai lect yang hadir. Puan Juhana(lect shorthand, bus com), Puan Farihah(lect OPS&Law), Puan Noorji(lect Bus Law), Puan Rad(Lect Economic) Puan Suhaila(Lect Trengkas), puan Zubidah(lect keyboarding n doc process) , miss Iqa( lect Event & OA2) n ada beberapa lect yg aku tak kenal tapi cam muka

Aku tengok kat tepi pintu, arwah terkujur kat atas tu. Masa tu MA dah bukakkan baju n seluar so berselimut tubuh arwah cuma nampak muka je. N dalam proses tanggalkan semua barang yg arwah pakai. Masa tu aku nampak mak arwah pegang jam gshock n cincin batu.. Erm Jam tu..

Aku selalu gurau dengan arwah,

"Weh mahal tak jam kau tu?"

Kekadang teringin je nak pakai jam tu sebab cantik gila. Warna jam tu hitam tapi dalam dia warna emas camtu. Nampak macam esklusif sangat.

Then MA kata, masuk la tengok kali terakhir secara dekat. Aku dengan beranikan diri masuk gak.

Yup. Tubuh arwah yang terkujur kaku atas tempat tu. Muka arwah macam tido. Agaknya itu reaksi masa dia tido dulu.. Serius aku rindu kau sangat2 weh :'(

Lepas tu tetiba ada pegawai poli kot dia kata ada sesiapa ke ambik gambar? Kalau ada tolong padam. Serius la aku tak pegang phone masa tu sbb aku letak dalam poket(baju kurung aku ada poket tepi)

Lepas tu MA minta kiteorg keluar utk procedure post mortem.

Kiteorang duduk kat luar, tunggu sampai siap. Lama jugak la, sambil tu kiteorg borak dgn puan Juhana.

Then ada la pakcik tu dok cita dgn kiteorg psl arwah. Dia kata masa kejadian tu dia nampak arwah. Erm


Masa tu aku ada chat si Apit. Aku tanya dia

"Awak kat mana? Tak pegi hospital ke?"

Tup2 30minit lepas tu dia sampai. Terpacak depan aku. Terkejut jugak la kan.

Then pihak hospital panggil lelaki yg ada utk tolong mandikan jenazah. Aku nampak Apit masuk masa tu.

Then dah selesai, mereka nak kafan kan, mereka panggil untuk tengok kali terakhir sebelum dikafankan.

Aku hanya mampu melihat kat tepi pintu. Masa tu jenazah dah siap berkapas berkapur barus..

Aku nampak encik Siri tolong pegangkan kapas kat tangan arwah.. Last sebelum mereka ikat, aku nampak mak ayah arwah cium arwah buat kali terakhir.. Paling sebak aku tengok Pakcik Razak(ayah arwah) cium arwah tak lepas.. Lepas tu dia keluar terus menangis teresak2..

Yelah kalau kau, arwah anak tunggal dan anak kesayangan, siapa boleh terima anak dia pergi tanpa sempat ucap selamat tinggal? Aku siyes sebak gila bila lihat Pakcik Razak menangis macamtu..

Semasa proses kafankan tu aku tengok.. Aku tak percaya arwah dah takde.. Serius aku tak percaya.. Tapi semua dah takdir...


Lepas proses kafan, nak solatkan jenazah, mereka minta kami yg perempuan keluar..

Lepas solat jenazah, tunggu van jenazah sampai, and saat jenazah dah diletakkan dalam keranda sampai  lah dimasukkan dalam van tu aku tengok..

Last sebelum van jenazah gerak, mak arwah(Makcik Pini) ada bagitahu dan aku ada salam n minta maaf kat makcik Pini.. Makcik Pini pesan, kalau arwah ada berhutang dengan sesiapa, bagitahu. Dia taknak arwah berhutang.. Makcik jugak ada minta maaf bagi pihak arwah..

Makcik, arwah dengan saya, dengan kami takpernah buat salah apa apa pun.. Sepanjang perkenalan aku dengan arwah, aku rasa arwah tak pernah sakitkan hati aku..

Lepas tu, van jenazah gerak dan pakcik Razak ada lambai buat kali terakhir..

Aku tak ikut ke Muar sebab biar lah mereka yang lain menghantar..

Weh, aku rindu kau.. Masih terngiang2 lagi suara kau, terbayang2 senyuman kau, gelak tawa kau, yang best bila time kau bergurau gaduh dengan Zati.. Aku tergelak2 je masa korang berdua gaduh gurau tu.. Kat kedai Fasha, kat kelas, kat Kedai Merah.. Teringat lagi ada malam tu kau datang depan rumah nak tanya apa lagi task kau tak print..

Haritu Zati ada on laptop, dia ada bukak assignment sem lepas, dalam tu ada assignment kad kawin yg arwah punya. Kau tahu nama siapa? Nama arwah dgn gf dia yang paling dia sayang.. Masa tu aku nak nangis weh. Sedih..

"Beruntung sesiapa yang arwah hargai masa dia ada.."

Weh, dah nak sebulan kau takde. Tipu la kalau aku kata aku tak ingat kau. Tipu la kalau aku kata sama je rasanya. Lain. Lain gila. Lagi terasa masa kelas AKPK hari selasa. Kelas tu la yang last kita semua bergurau gelak tawa sama sama. Tipu kalau aku kata aku tak rindu kau. Kau sahabat yang aku ada, yang banyak bantu aku walaupun tak nampak..

Aku ingat lagi masa lepak ramai2 kat kedai merah dulu. Kau order burger daging kot, lepas tu kau makan satu2 burger tu(makan roti makan daging makan roti bawah).
Aku tegur la kenapa kau makan satu satu sebab pelik.
Kau kata kau suka makan macamtu sebab tak suka makan sekali ngap. Haha

Semoga kau tenang kat sana sahabat..

Alfatihah
 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring