Domo-kun Staring -->

17 May 2014

Sem 1 Sains Kesetiausahaan =)

Assalamualaikum :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
INFO : NI MAYBE CERITA LAMA DAN SUBJEK DAH BANYAK TUKAR. SEM SATU DAH ADA TRENGKAS N SHORTHAND .  MUNGKIN CERITA NI BERLAINAN DENGAN APA YANG ADIK2 START SESI JUN14 BELAJAR. CUMA ADA YANG BOLEH DIGUNAPAKAI SEHINGGA KINI. PIHAK BLOG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA ADA KEKELIRUAN INFO DISINI. TQ.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasanya dah lama tak update blog ni . Penuh habuk *tiup2 fuhh fuhh* . Typing skills pun dah makin kurang makin hilang . Dah tak selaju 40AWPM (40 A Word Per Minutes) .
Sekarang ni tuan punya blog ni tengah cuti semester . Haih . Sungguh bosan dilamun angan2 yang tak kunjung tiba macam Pungguk rindukan Bulan -_- Hahaha . Serius la bosan kat rumah . Bosan baq hang . Hidup aku sekarang ni dihabiskan dengan makan tido tengok tv makan tido tengok tv je kat rumah . Kerja ? Malas la . Mood aku belum nak kerja lagi . Ura2 haritu macamtu la tapi bila dah kat rumah nak melangkah kaki tu malas yang amat . Ada jugak aku usha2 kedai depan tu , ada jugak kedai emas nak pekerja . Gaji pun not bad . Tapi aku dah malas nak keje kedai . Keje yang jumpa ramai orang (eh secretary lagi banyak jumpa orang taw) -..- okey sumpah aku dah serik keje kedai semenjak aku berhenti kat kedai buku Gemilang Anakku tuh . Malas dah nak mengadap perangai2 orang yang sungguh annoying. huh .

Okey . Cerita dia kat sini bukan nak cerita pasal apa yang aku tengah buat kat rumah sekarang ni . Aku nak cerita pasal sem satu . Ya . Sem satu lah . Dah lepas dah sem satu . Kini nak melangkah ke sem dua :) Harini(dua hari yg lepas) baru je diumumkan keputusan terakhir exam . HIHI

Alhamdulillah even TAK DAPAT AKJ = Anugerah Ketua Jabatan a.k.a DEKAN . Kalau kat UiTM depa guna Dekan dekan kan . Tapi sistem politeknik guna AKJ . Pointer nak dapat AKJ mestilah 3.50 KEATAS sahaja . Hahaha . Ada sorang classmate aku dapat AKJ . pointer dia dalam 3.8 something camtu la . Tahniah Kak Yan sygg :)

Okey . Ni nak cerita pasal apa yang aku dah lalu sepanjang sem satu ni . Pelbagai peristiwa manis dan pahit . Tapi aku syukur dapat laluinya sehingga sekarang ni . Dari mula aku masuk politeknik , kenal kawan2 baru , kenal dunia luar (poyo lebih) , kenal erti berdikari . Yang paling best ialah belajar benda2 baru yang kita takpernah pun terfikir nak belajar .


Teringat lagi masa MSK . Pagi tu gerak ke PD . lalu jalan Sepang - PD . Orang biasanya pegi PD ikut Seremban , bagi kami lebih dekat lalu Sepang . Lepas tu sampai la di Politeknik PD . Terus bawak file2 penting . aku rasa macam gugup sikit . Mulai harini aku bergelar pelajar IPTA . even bukanlah Uitm yang aku masuk . Cuma politeknik .

Lepas daftar dia bagi aku satu borang inventori (borang checklist kelengkapan bilik) utk di isi . aku isi maklumat diri aku . Aku suruh abang n kakak aku yang checkkan barang2 tu . Tapi aku sedih . Sebelah tempat aku takde lampu belajar . Sebelah ex roomate aku ada . aku tulis la bla bla bla pastu aku bawak je borang tu . tengok2 dah takde orang dah kat depan tu . aku simpan je borang tu sebab tak tahu nak bagi kat sape . Lepas tu akak senior yang ada kat kaunter pendaftaran tu suruh aku pegi PI (pusat Islam tu MASJID) utk solat zuhur berjemaah . Aku takde kawan lagi masa tu . Pegi PI pun aku tak tahu . Nak balik blok pun aku tak tahu sebab aku tak tahu la . Orang lain semua pegi PI jalan kaki . Aku pegi PI naik kereta . Mak aku hantar sampai kat PI je . Lepas tu tinggalkan aku . Sebak la jugak tapi takdelah meraung . Dah besar kan =)

Lepas tu aku pun masuk la dalam PI tu . Main duduk aje kat situ . Lepas tu aku mula la berkenalan dengan seseorg ni . Budak kelas B . nama dia Nabilah . Panggil Bella . dari situ persahabatan aku dengan bella terjalin (ayat nak macam novel pulak puihhh ) , pegi makan je terasing sebab dia blok belakang and terpaksa ke kafe B . Aku pulak ke cafe A . kawan makan aku selalu je bertukar2 . Sedih . Sehinggakan aku jumpa dengan Yati . breakfast dengan dia masa tu pastu kenal2 lah . dia satu blok dengan aku tapi aras 2 . aku aras satu .
Lepas tu aku dengan bella pun dah macam terpisah dan macam orang tak kenal je . aku mula rapat dengan yati . rapat la . tapi akhirnya aku terpisah dengan yati jugak disebabkan hal tak boleh elak .

Aku mula rapat dengan Ayu . Masa tu aku kenal dia dari perjumpaan PA (Penasihat Akademik) PA ni macam korg punya cikgu kelas la . tapi cikgu kelas dia ada ajar kan . tapi PA ni tak . tugas dia utk menjaga kebajikan korg . hal ehwal peribadi korg . File2 korg sume ada kat dia la kiranya . Tapi masa tu kami takde PA pun . Perjumpaan tu lebih kepada taklimat dan apa itu Sains Kesetiausahaan . Diterangkan oleh Pn.Siti Nur Baya , iaitu lecturer OA (Office Administration) kiteorg sendiri . Masa tu la aku kenal dengan Ayu . Saling tukar number . Dia ni agak pendiam tapi bila dah gila2 , dia pun gila2 jugak haha . Aku senang berkawan dengan orang yang sama macam aku . Aku mmg pendiam . lebih suka menyendiri .

Lepas aku putus kawan dengan yati , aku mula rapat dengan geng havoc . entah macamana boleh dapat nama Havoc pun tak tahu . Dan macamana boleh rapat pun aku tak tahu . Aku memang rapat dengan ayu . Lepas tu Kak Rai memang rapat dengan Izzati , Najwa . Lepas tu kiteorg pun rapat . Boleh timbul satu geng . Haha . Disebabkan lebih banyak perbincangan dalam kumpulan tu la terjadinya nama havoc ni dengan havocnya lagu tersebut (apa aku merepek ni?) .

Kiteorg pegi makan sama , kat PI sama , dalam kelas duduk sama2 , keluar sama2. Lebih dikatakan seharian masa aku memang habis utk kawan2 la . Belajar , buat assignment sume .
Okey . Sekarang ni nak cerita pasal subjek apa yang belajar dalam semester ni .



PENDIDIKAN ISLAM 1 / PENDIDIKAN MORAL(bagi yg bukan beragama Islam)

Subjek ni lebih kurang macam korang belajar masa sekolah menengah je . Tapi lebih mendalam la . Kalau korang ada ambek Tasawur Islam (betul ke?) tu satu kebetulan sbb lebihkurang sama kot belajarnya .
Dalam kelas ni ada tasmik hafazan . Nanti korg punya Ustaz / Ustazah (yg ajar aku Ustaz) bagi korg surah suruh hafal n dia akan tasmik korg . bukan hafazan je , bacaan dalam solat pun kena . Macam PAFA la .

Tapi aku memang suka gaya ustaz ni ajar . Nama dia Ustaz Suhaimi :) dia ajar selamber je tapi time dia bagi assignment ke ape ke kau kena buat . no main2 . dia siap AIM aku lagi taw . nama aku je kena sebut . kadang2 kelakar dia ajar . dia potpet2 kat depan kadang2 tersasul . hehe aku memang suka gelak bab tu .
masa tu aku belajar dalam DK(dewan kuliah . best tapi bagi org yang tak tahan aircon macam aku ni tak best sbb sejuk ! selalu gak aku tido masa dia ajar . tapi dia tak pernah tido even hal tu dia pernah bagi memo peringatan sebagai seorang pelajar kat kami ni haha .



COMMUNICATIVE ENGLISH 1

Subjek ni memang lah dalam bahasa inggeris sebab nama pun dah english kan . subjek ni tentang cara2 nak berkomunikasi dalam bahasa inggeris . same as korang belajar kat sekolah dulu la . and subjek ni banyak assignment dia dalam bahasa inggeris and banyak kena speaking kat depan . aku tahu korang ni terer BI dalam twitter , facebook mengalahkan Barack Obama , tapi bila bab speaking kat depan semua tergagap . betul ke idok ? wakakaka xD

Tak tahu la korang dapat lect yang tegas macam lect aku dulu tu ke or dia cakap rojak . macam aku dulu , Miss Anis Shazwani tu mmg tegas orgnya . dia memang speak perfectly lah . orangnya pun memang cantik . keh3 . btw mmg best belajar dengan dia even kadang2 dia ni tegas dalam mengajar . tapi skrg dia pun dah tak mengajar kat poli . dia kena bertukar kat Putrajaya , bahagian apa aku tak tahu lah.



KEYBOARDING SKILLS

Subjek ni memang korang akan duduk dalam makmal komputer . korg jangan ler risau . ni bukan zaman sekolah dah kena berebut komputer dengan kawan2 . korg akn dpt komputer sorg satu dalam makmal . dan pastikan kedudukan korg tak berubah2 sbb korg punya file akn disimpan dalam hard disk . :) subjek ni korang akan belajar cara menaip mengunakan 10 jari dengan betul (even aku sendiri pun still guna dua jari utk menaip kah3)



MICROECONOMICS

Subjek ni korang akan belajar pasal ekonomi . Kalau ada ambek ekonomi asas zaman sekolah dulu adalah satu kelebihan bagi korang . Sebab dia akan repeat balik basic + masuk lagi mendalam tentang ekonomi . subjek ni banyak kira2 tapi korg xperlu takut sbb mudah je kalau korg faham konsep and ingat fomular :)



POLIBRIGED

Subjek ni pula sebenarnya koko . tapi wajib kena sertai sebab ini adalah salah satu sujbek dan pointer diambil kira .
Terbahagi kepada 7 . Kawad , Jati Diri , Komunikasi , Khemah , Kecemasan , Kebakaran & Protokol . Lepastu nanti ada la task2 korg kena buat dalam kumpulan or kelas. Then kawad ada pertandingan akhir . Boleh lawan dengan jabatan lain . And masa tu aku join kawad and jabatan aku menang (group B sahaja) . Masa tu jabatan Awam menang keseluruhan .



OFFICE ADMINISTRATION

Subjek ni korang akan belajar pasal office , management . teknik menjawab call dgn betul , terima surat bla bla . haha . subjek ni kira macam korang belajar sejarah dalam BI . bosan gile .


And last sekali ,,


OFFICE SUITE SOFTWARE

Kenapa subjek ni aku nak cerita last sekali ? sebab subjek ni subjek fav aku antara banyak2 ni . subjek ni belajar tentang cara2 nak guna microsoft office dengan betul . eh selama ni tak guna dengan betul ke ? bukan lah . Cuma dia nak ajar lebih dalam cara2 nak guna @ aplikasi benda ni . tak semua orang tahu guna Office Word dengan betul . Powerpoint semua bla bla .
Paling susah dalam subjek ni masa bab Microsoft Excel . Sebab dia main kira2 jugak la . Tapi tak payah guna calculator . dalam Excel sendiri pun boleh automatik calculate . paling best belajar subjek ni masa Microsoft Powerpoint . Encik tu ada ajar nak buat slideshow karoke . dia bergerak sendiri . actually ada je settingnya kat bahagian atas tu . Cuma kalau orang tak tahu memang dia takkan tahu apa yang boleh dibuat dengan product software Microsoft Office ni . actually macam2 boleh buat .
Subjek ni best sebab kami dapat lect yang gilagila baq hang sporting la . Iaitu Encik Siri Muslimin ! Siyes weh lect ni best gila . nanti sesi jun14 junior yang dapat belajar dengan dia ni memang akan seronok and akan suka subjek ni sebab lect nye tak tegas mana . Actually cik (biasa panggil cik dari Encik) ni dia suka buat jokes . apa2 la . aku pun pernah kena buli dengan dia ni dulu . hahaha . hampir kesemua la budak2 kelas kena usik dengan dia . dia memang tak suka marah , tapi bila dia marah memang gerun . aku cuma pernah tengok dia marah sekali je masa belajar dengan dia dulu . sebab dia ni tak suka marah2 . hampir setiap kelas dia memang ada jokes2 . korang akan berasa seronok la belajar dalam kelas dia ni :D


Exam . okey . sem ni aku cuma hanya ada dua paper je . yang lain semua PB(penilaian berterusan) . Microeconomics & Office Administation . Masa tu aku exam ekonomi dalam dewan besar . campur dgn budak kelas lain n kos lain . rasa mcm exam spm lah . haha .


Okeylah . ini je yang aku nak citer sepanjang sem 1 aku belajar kat Poli Port Dickson :) Sem dua nanti aku tak duduk kamsis . aku menyewa kat Taman Poli with geng havoc . Sekian :)



____________ INFO TAMBAHAN_____________

  • masa sem 1 korang hanya ada 2paper masa final, masa sem ni memang pointer aku tinggi..haha(riak bangga), 2paper x bermaksud korang belajar untuk 2paper tu je, sem 1 ada 7paper yg korang kena belajar semuanya -Islamic Education 1, Communicative English 1, Co-Curriculum 1, Office Suite Sofware, Office Administration 1, Microeconomics and last Keyboarding Skills(sila-sila la belajar menaip menggunakan sepuluh jari tanpa tengok kearah desktop and keyboard korang..haha, lect nye mcm mana?just wait n see :D)(paper final; Office Administration 1 & Microeconomics)
  • untuk sem2 pulak korang akan ada 7paper Islamic Education 2, Co-Curriculum 2, Occupational Safety and Health 1, Shorthand 1, Document Processing(kesinambungan Keyboarding), Personality Development and last Trengkas 1(paper final; Shorthand 1, Personality Development and Trengkas1)
  • untuk sem 3 ada 7paper jugak :::::Islamic Education 3, Communicative English 2, Soft Skills, Macroeconomics, Shorthand 2, Trengkas 2, Office Administration 2 and AKPK's Personal Financial::::: (paper final; Macroeconomics, Office Administration 2)
  • sem 4 pulak korang praktikal. 
  • naik sem 5 korang akan ada 5paper :::::Communicative English 3, Notetaking(kena apply apa trengkas, shorthand and document processing), Business Accounting, Business Law and Record Management:::::, (paper final; Business Law, Record Management and Business Accounting)
  • dan sem last, iaitu sem 6 korang akan ada 6paper iaitu :::::Organnizatiional Behavior, Office Practice, Law & Procedures of Meeting, Event Organization, Business Communication and Entrepreneurship)::::: (paper final; Organizational Behaviour and Law & Procedures of Meeting)..
  • Tu la serba sedikit tentang course DSK ni..hope entry ni dapat memberi info yg akan membantu korang




    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring