(sisipan Harian Metro harini 5June12)
Semalam , satu Malaysia gempar dengan berita kemalangan maut membabitkan 3 orang pelajar sekolah menengah dengan sebuah van pelancong di Langkawi .
Aku tahu benda nih pun dari twitter sebab nama dia jadi trending kat twitter . Bila aku klik nama dia semua org tweet Al-Fatihah buat arwah Yasmin Hunwick . Aku pun dah naik pelik lah . Hmm then aku tanya kat fb siapa dia tu and kenapa org kata die dah meninggal bagai . Tapi takde sorang pun yang jawab . Then aku Google sendiri . Yaa memang arwah dah meninggal akibat kemalangan sampai pecah kepala .
Hmm Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga mangsa maut yang teribat .Act bukan aku nak citer kenapa , macamana dan bagaimana dia boleh accident . Tapi atas rasa betanggungjawab , aku nak update pasal perkara yang penting nih . Tetapi ia berkaitan juga dengan peristiwa kemalangan maut itu .
Bab nie , aku memang nak kata habis-habisan . Aku bukan membangga diri aku ade lesen ke bagai , tapi , korang ingatlah . Lesen bukan sekadar kad untuk bawak moto dijalan raya yang sah . Tetapi lesen adalah sebagai ukuran korang mahir dijalanraya ke tak . Kalau takde undang2 dijalanraya , kenapa perlu ada lesen bagai ? Kan ? So , dengan adanya lesen bolehlah kita kata dia nie dah ada ilmu2 pemanduan berhemah dijalanraya .
Okey aku paham sekarang nih budak umur 10 tahun pun dah sebok angkut moto kehulur kehilir , lagy2 kat kampung aku tu . Dah laa jalan kecik then selamber aje mereka tunggang moto macam dikejar dek hantu pocong . Sumpah aku geram gila , kalau jadi apa2 ke , kau masuk gaung ke apa ke , sapa yang susah kan ?
Aku nak kata , ambik lesen nih bukan sesuatu yang mudah . Situasi korang yang dah terer tunggang moto uh kat jalan sangat berbeza di pusat memandu . SANGAT BERBEZA . Bagi sesiapa dah ambik lesen uh tahulah kenapa aku kata begini .
Korang jangan dok sedap lenjan je dengan takde lesen bagai . lagi2 kat kampung . Takde polis , takde roadblock kan ? Ohhh sukasuka korang jela kan bawak moto sana sini . Pegy ambik lesen dulu ! Baru tahu rasa macamana jadi pemandu yang BERTANGGUNGJAWAB !
Bab nih , aku rasa memang patut pun Pihak Polis saman RM300 kalau tak pakai semasa menunggang motosikal , sebab apa ? Sebab tu lah , yang korang tahu tu kan , pasal kemalangan maut tu . Tahukan kepala arwah pecah ? Sebab apa ? Sebab salah arwah sendiri . Tak pakai topi keledar . Aku nie , pegy kedai depan pun pakai . Walau dekat sejengkal . Sebab apa kene pakai ? Sebab nak lindungi kepala kita . Kepala kita nih bukan batu sayang oiii ! Kene hentakkan yang tak seberapa pun dah jejaskan fungsi otak , lagylah kalau pecah . Bayangkanlah .
So korang , pakailah topi keledar . Ingat orang yang tersayang (:
Korang pun tahu kan moto hanya dua orang sahaja boleh naik ? Penunggang dan pembonceng . Dalam kes tersebut , arwah naik 3 orang . Mana boleh kan ? Lainlah kalau baby , memang kecik . Tapi actually baby pun tak boleh sebab bahayakan nyawa .
Okey yang nie , memang berbeza bila korang tunggang moto pada waktu siang atau malam . SANGAT BERBEZA . Siang , memang terang dan cerah dan kita nampak apa sahaja yang berada dihadapan kita . Tapi bila malam ? Korang memang takkan nampak habis , lagi2 yang rabun . Memang kalau ade visor pun kat topi keledar uh , korang bukak sebab tak nampak . Korang boleh on lampu tinggi , tapi bila takde kenderaan lain . Bila ada kau nak cari maut kene honnn panjang ? Sebab lampu tinggi menyebabkan orang dihadapan kita menjadi silau dan akan menyebabkan hilang tumpuan dan kemalangan . Ingat tu ? So jangan sesuka hati pasang lampu tinggi ~!
So korang , renung-renungkanlah apa yang aku dok membebel kat atas tu tadi . Betui ke dak .
Yang Baik datangnya dari Allah s.w.t dan Yang sebaliknya dari aku sendiri . Wasalam ~~