Domo-kun Staring -->

14 November 2015

Dah Habis Internship ! -Latihan Industri Politeknik-Diploma Sains Kesetiausahaan-

Assalamualaikum ~


Hai semua. hai blog domo domo ^_^

Alhamdulillah. setel sudah semua urusan berkaitan dengan Internship ni.

Hari rabu yang lepas, 11 November , aku pegi poli utk daftar tamat LI dan presentation akhir LI.

huhu nak gila la aku alami. serius aku rasa mungkin semua orang agaknya mengalami tekanan yang teramat amat amat lah dalam kerana report LI dan presentation.


Haha banner ni memang takleh lupa seh xD

yelah dari seminggu sebelum habis LI aku try buat report sampailah malam kemuncak nak pegi present, weh SEMINGGU duh jadi pelarian dirumah sendiri. kau bayangkan, nak makan pun kau tak selera, apa lagi nak fikir hal hal yang tak penting. seyes duh menghantui sungguh report LI ni sampai kau nak makan pun takmakan, nak tidur pun tak lena, apa lagi nak mandi. dalam masa seminggu tu kan aku memang serius macam tak terurus. bilik bersepah dengan kain baju balik keje entah pape la kan hahahahaha macam orang nak masuk mental hospital pun ada xD

dalam tiga dua hari sebelum rabu tu, aku push otak aku untuk cari idea nak buat report ni sebab salah aku jugak takde ambek proses kerja(gambar2 bukti) masa aku keje tu. tapi naseb baik aku sempat ambek gambar proses daftar masuk surat2 kat opis tu. haa itulah yang aku buat hahaha.

aku dah banyak kali mengadu dengan cik abg aku tu sampai aku rasa dia pun naik lemas hari2 tiap2 masa aku mengadu salah sendiri yang buat. sebab masa sebelum hari last aku LI dia dah cakap ,,, kalau apa pun kerja aku buat ambek je gambar bukti atau bahan takpe report nanti boleh create ayat slow2. tapi aku gak degil just ambek satu je proses kerja. padan muka T_T

masa tu pun cik abg aku tgh siapkan thesis dia haha kesian dia weh. mental dia aku rasa lagi terkoyak rabak duh.


lepas tu, siang hari selasa tu baru aku dapat idea cemana nak buat report + present idea yang merapu ++ merepek dalam kepala otak aku ni hahahaha sebab masa tu aku memang fikir aku dapat lect yang tak berapa okey sebab masa sem 2 dulu kiteorg satu group pernah cari pasal dengan lect ni hahahahhaha so pointer subjek dia pun, kena D je weh hahaha naseb la lulus kalau fail naya nak ulang balik tak sanggup oh hahahahahahhaha

aku try buat push push push sampai penat tak terkata , kepala aku berdenyut2 gila masa tu, aku paksa ambek actifast sebab nak perah otak siapkan semua tu jugak, masa tu pulak member aku, zati asik keep in ws aku je ahahahahaha tapi seronok jugak la sama2 merisau benda nak hadap esok tu kan. siyes weh masa aku dah siap 90% report tu tinggal aku tak buat isi kandungan ngn lampiran je, page number dia ajak gaduh dengan aku. serius lah kalau dia tu manusia atau barang lama dah aku pijak2 dia.

sebabnya dia taknak setting ikut urutan. penat kau tahu kena copy masuk word lain satu persatu pastu nak adjust huhhhhh penat siaaa.

masa tu aku buat dalam pkul 3 pagi sampai ke 5 pagi baru siap setting.

lepas tu aku sambung buat isi kandungan, sampai 6 pagi baru siap. nak jadi cerita aku tido dalam stgah jam pastu cik abg aku dah call ws utk tanya progress report. siyes otak mata aku dah takleh nak go on dengan benda ni. aku paksa diri aku utk rehat even slide dan lampiran tak siap lagi.

lepas dah call aku sambung tido balik, bangun2 je dah pkul 7.40 camtu kakak aku suruh bukak pintu ambek tali pinggang tah pebenda, aku naik atas balik aku tido tgok dah pkul 8. pastu group ws hosmet bising kata tanya dah gerak ke semua. hahahahahhaha masa tu aku dgn pakai seluar tido lagi Ya Allah taktahu la nak kata cemana larat tak larat nak rempit sampai PD ni hahaha.

lepas tu aku dok call ngn cik abg, ws group kelas bising2 la kata daftar sampai 9.30 ish tak logik duh sebab bukan semua student duduk area2 dekat. ada member kelas aku dok muar, perak sana, melaka semua jejauh. aku lagi la kalau dari rumah ni sampai poli sejam gak la kalau trafik tak sesak.

lepas tu aku terus sesiap semua pakai baju kurung pun yang jenis tak gosok je HAHAH

sebab aku rancang dgn cik abg nak siapkan slide kat mekdi waterfront pd.

aku ws dia aku nak gerak dulu sbb masa tu dh 9.20 weh lambat sgt dah. aku gerak dulu. bawak moto kau jgn cakap dalam hati nak je macam doremon pakai pintu kemana saja. masa tu aku dah tak fikir apa selain SELAMAT atau MATI. hahahahaha kenapa entah aku suka fikir beburuk gitu

dlm pkul 10 gitu aku dah sampai kat petronas sebelum sampai lukut. isi minyak jap. then aku gerak balik sampai poli. sampai je kat poli aku terus ke DP. tetiba zati kat situ entah tengah serabut betulkan dia punya lampiran kot ahaha. then aku ws ayu tanya dia kat mana. rupanya dia tunggu kat depan sana tu haha kesian dia aku terus pegi sana ajak dia duduk ngn zati. dia punya report n slide masa tu dh siap best la dia just tengok kiteorg yg tengah serabut ni. aku pun on laptop sambung siapkan report berbaki utk edit2 buat lampiran je.

lepas tu ada pulak yang nak main teka teki dengan aku haha rupanya Farheen. lek lek jap masa tu gegurau dgn diorg, kak rai sampai. masa tu cik abg aku dh sampai tapi dia taknak masuk poli katanya takut n segan dpn kengkawan aku. haha. kesian dia kena tunggu kat kedai mamak kat sunggala sana tu. maafkan sayaaa buat awak tunggu lebih 5 jam.

masa tengah ramai2 siapkan report n slide memang sempat bergurau gelak terbahak2 dengan diorang sume well, kami ni jenis happy go lucky dan tak kisah apa orang nak kata, dan jenis yang gila2 la. hahahaha so macam takde masalah pulak masa tu xD

dengan mereka. Havoc Girls.


lepas je aku siap slide kan, aku rasa macam ada satu kuasa yang mendorong aku nak rempuh JP jumpa pn.zurya utk present terus. tapi aku tengok jam masa tu dah pkul 1. so nak taknak kena tunggu la sebab waktu lunch kan. diorg yg lain semua aku tengok risau memanjang. aku memang tak fikir apa selain nak habis cecepat dan nak pegi makan MEKDI dengan cik abg syg aku tu. kesian sgt kat dia sebab kena tunggu lama gila kat luar tu. haih... naseb la dia tu penyabar orangnya.. berulang kali gak aku mintak maaf kat dia sebab buat dia tertunggu kat luar sampai macam orang gila

masa sebelum aku habis LI aku memang ajak dia pegi teman aku utk present tapi aku pun sendiri taktahu keadaan nak jadi begini kan so abang if you read this, im really2 sorry coz make you waiting me for 5hours and im so so sorry ;(

aku ingat nak makan nasi sebab last time aku makan pun tengahari semalamnya. hahaha lepas tu aku tak makan apa punya runsing fikir kan. masa nak present tu pulak rasa YA ALLAH laparnya -_-

tapi masa tengah siapkan slide gegurau ngn dak2 ni, aku nampak ada org bawak cawan air mekdi tu ya allah sedap pulak tetiba tekak gulppp je hahaha

pastu dah nak pkul 2 Fatiqa, kawan yang sama2 present dengan aku ajak naik atas. aku kemas2 sume dengan satu niat , REMPUH LANTAK LENJAN LAH APA PUN NAK JADI KAHKAHKAH

masa tu jumpa pn.zurya, dia suruh kiteorg pegi kat satu partition, untuk present. memula Fatiqa present dulu. btw Fatiqa ni org Perak. diorg ni dlm kelas panggil kome kome la sebab Fatiqa ni memang tak lari dia punya pekat kata dialek Perak sana tu huhu.

cara dia present, sama ja apa yg aku nak present hahaha masa tu aku mampu nangis dalam hati je la sebab awok sama je buat keje apa yg saya nak present satgi xD

then Amira pulak present. dia LI kat petronas TTDI. aku tengok cara dia present, btw dia mmg budak DEAN so no wonder mana2 lect yang dgr pun dia suka. dia mmg bdk pandai tapi tu rezeki dia Allah bagi kelebihan kepandaian kat dia kan.

pastu sampai part aku, nervous jugak la. tergagap2 aku nak present tapi puan masa tu aku nampak mcm agak bosan. dia banyak tanya apa yang aku keje kat sana. aku jawab je la. lepas tu dia ada tegur pasal laporan harian haha nanti saya betulkan balik.

then habis dah present. dia mintak masa 30minit utk bagi markah. kiteorg tunggu je la kat luar kan masa tu.

lepas presentation. Alhamdulillah.


habis tu aku cecepat keluar n terus pegi kat moto. cik abg aku dah tunggu kat bustop depan speedmart sebelah poli tu.

masa tu dah hujan renyai. aku ajak dia pegi makan mekdi. hehehe. lepas tu kiteorg lepak kat situ borak2 tapi kesian sangat dengan dia sebab dia punya thesis masa tu tak siap2 lagi ya allah..

masa makan borak2 tu, aku memang cakap dengan dia ALHAMDULILLAH sangat2 syukur pada Allah.. even dugaan aku tak boleh nak siapkan report dlm waktu lapang, tapi masa present tu Allah permudahkan segala urusan aku.. orang lain bermacam ujian kena uji. adanya kena reject terus report dia sebab salah format, kena buat balik bab 4, kena marah sebab present mcm apa ntah n mcm2 lagi..
kesian sgt kat diorg yg kena buat balik report tu :(

lepas tu dah tak hujan, aku ajak dia lepak kat batu2 depan tu. btw mekdi tu mmg depan laut pun. lepak2 ambek gambar, pkul 6 kiteorg balik.

masa balik tu yg best gila. hahaha cik abg aku ni mmg kaki rempit, aku pun kaki rempit so sesama rempit dari pd sampai bbst mmg pengalaman yg terindah buat aku. aku sgt2 happy masa tu. atas moto pun aku boleh gelak2 tengok dia berhelmet hehehe entah kenapa ~


Buat korang. thanks untuk seharian tu sebab tengah serabut pun masih boleh happy2. tak pernah berubah dari sem 1 dulu kan btw nak masuk sem 5 dah hahahaha
buat si dia, terima kasih sebab sanggup korban dan sanggup tunggu even kita buat dia macam tunggul im sorry :(

btw aku happy sgt.. indah sangat jumpa semua yang aku syg dlm masa sehari :)
dengan sidia. loveyoumuch


No comments:

 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring