Domo-kun Staring -->

29 August 2016

In Memory Our Classmate part2

Assalamualaikum.

Walaupun dah hampir sebulan, namun masih segar dalam ingatan aku..

Sambungan cerita dari part 1 In Memory Our Classmate,

Aku tak dapat tidur. Lepas aku siapkan entry part1, aku dapat tidur setengah jam, 6 setengah aku terjaga sebab alarm berbunyi. Aku tak dapat lena lepas tu.

Pkul 7.15 macamtu aku pi bilik housemate aku. Aku tengok mata Mira, bengkak. Aku pi bilik sebab nak tanya nak pi hospital tak. Aku fikir, kalau tak dapat ikut pi Muar hantar jenazah sampai ke sana, tengok kat hospital pun jadilah.

Mula2 aku nekad nak pi naik moto, sebab diorang nak tumpang kereta classmate aku, then diorang ambek keputusan nak sewa kereta je. So aku tumpang kereta tu sekali, tong minyak n sewa la.

Aku pakai pun ala ala memang macam makcik kat kampung. Baju kurung yang nampak lusuh, tudung hitam dan aku tak mandi. Sebab.. Nanti pun nak kena mandi gak.

Dalam 9.15 camtu kiteorang sampai kat hospital, ramai masa tu dah pi tengok arwah. Diorang suruh kiteorang masuk kat bilik mayat.

Masa tu, nampak ramai lect yang hadir. Puan Juhana(lect shorthand, bus com), Puan Farihah(lect OPS&Law), Puan Noorji(lect Bus Law), Puan Rad(Lect Economic) Puan Suhaila(Lect Trengkas), puan Zubidah(lect keyboarding n doc process) , miss Iqa( lect Event & OA2) n ada beberapa lect yg aku tak kenal tapi cam muka

Aku tengok kat tepi pintu, arwah terkujur kat atas tu. Masa tu MA dah bukakkan baju n seluar so berselimut tubuh arwah cuma nampak muka je. N dalam proses tanggalkan semua barang yg arwah pakai. Masa tu aku nampak mak arwah pegang jam gshock n cincin batu.. Erm Jam tu..

Aku selalu gurau dengan arwah,

"Weh mahal tak jam kau tu?"

Kekadang teringin je nak pakai jam tu sebab cantik gila. Warna jam tu hitam tapi dalam dia warna emas camtu. Nampak macam esklusif sangat.

Then MA kata, masuk la tengok kali terakhir secara dekat. Aku dengan beranikan diri masuk gak.

Yup. Tubuh arwah yang terkujur kaku atas tempat tu. Muka arwah macam tido. Agaknya itu reaksi masa dia tido dulu.. Serius aku rindu kau sangat2 weh :'(

Lepas tu tetiba ada pegawai poli kot dia kata ada sesiapa ke ambik gambar? Kalau ada tolong padam. Serius la aku tak pegang phone masa tu sbb aku letak dalam poket(baju kurung aku ada poket tepi)

Lepas tu MA minta kiteorg keluar utk procedure post mortem.

Kiteorang duduk kat luar, tunggu sampai siap. Lama jugak la, sambil tu kiteorg borak dgn puan Juhana.

Then ada la pakcik tu dok cita dgn kiteorg psl arwah. Dia kata masa kejadian tu dia nampak arwah. Erm


Masa tu aku ada chat si Apit. Aku tanya dia

"Awak kat mana? Tak pegi hospital ke?"

Tup2 30minit lepas tu dia sampai. Terpacak depan aku. Terkejut jugak la kan.

Then pihak hospital panggil lelaki yg ada utk tolong mandikan jenazah. Aku nampak Apit masuk masa tu.

Then dah selesai, mereka nak kafan kan, mereka panggil untuk tengok kali terakhir sebelum dikafankan.

Aku hanya mampu melihat kat tepi pintu. Masa tu jenazah dah siap berkapas berkapur barus..

Aku nampak encik Siri tolong pegangkan kapas kat tangan arwah.. Last sebelum mereka ikat, aku nampak mak ayah arwah cium arwah buat kali terakhir.. Paling sebak aku tengok Pakcik Razak(ayah arwah) cium arwah tak lepas.. Lepas tu dia keluar terus menangis teresak2..

Yelah kalau kau, arwah anak tunggal dan anak kesayangan, siapa boleh terima anak dia pergi tanpa sempat ucap selamat tinggal? Aku siyes sebak gila bila lihat Pakcik Razak menangis macamtu..

Semasa proses kafankan tu aku tengok.. Aku tak percaya arwah dah takde.. Serius aku tak percaya.. Tapi semua dah takdir...


Lepas proses kafan, nak solatkan jenazah, mereka minta kami yg perempuan keluar..

Lepas solat jenazah, tunggu van jenazah sampai, and saat jenazah dah diletakkan dalam keranda sampai  lah dimasukkan dalam van tu aku tengok..

Last sebelum van jenazah gerak, mak arwah(Makcik Pini) ada bagitahu dan aku ada salam n minta maaf kat makcik Pini.. Makcik Pini pesan, kalau arwah ada berhutang dengan sesiapa, bagitahu. Dia taknak arwah berhutang.. Makcik jugak ada minta maaf bagi pihak arwah..

Makcik, arwah dengan saya, dengan kami takpernah buat salah apa apa pun.. Sepanjang perkenalan aku dengan arwah, aku rasa arwah tak pernah sakitkan hati aku..

Lepas tu, van jenazah gerak dan pakcik Razak ada lambai buat kali terakhir..

Aku tak ikut ke Muar sebab biar lah mereka yang lain menghantar..

Weh, aku rindu kau.. Masih terngiang2 lagi suara kau, terbayang2 senyuman kau, gelak tawa kau, yang best bila time kau bergurau gaduh dengan Zati.. Aku tergelak2 je masa korang berdua gaduh gurau tu.. Kat kedai Fasha, kat kelas, kat Kedai Merah.. Teringat lagi ada malam tu kau datang depan rumah nak tanya apa lagi task kau tak print..

Haritu Zati ada on laptop, dia ada bukak assignment sem lepas, dalam tu ada assignment kad kawin yg arwah punya. Kau tahu nama siapa? Nama arwah dgn gf dia yang paling dia sayang.. Masa tu aku nak nangis weh. Sedih..

"Beruntung sesiapa yang arwah hargai masa dia ada.."

Weh, dah nak sebulan kau takde. Tipu la kalau aku kata aku tak ingat kau. Tipu la kalau aku kata sama je rasanya. Lain. Lain gila. Lagi terasa masa kelas AKPK hari selasa. Kelas tu la yang last kita semua bergurau gelak tawa sama sama. Tipu kalau aku kata aku tak rindu kau. Kau sahabat yang aku ada, yang banyak bantu aku walaupun tak nampak..

Aku ingat lagi masa lepak ramai2 kat kedai merah dulu. Kau order burger daging kot, lepas tu kau makan satu2 burger tu(makan roti makan daging makan roti bawah).
Aku tegur la kenapa kau makan satu satu sebab pelik.
Kau kata kau suka makan macamtu sebab tak suka makan sekali ngap. Haha

Semoga kau tenang kat sana sahabat..

Alfatihah

03 August 2016

Alfatihah In Memory Our Classmate Muhammad Ishak Abdul Razak

assalamualaikum.

Sebenarnya. Aku tak boleh nak tidur.

Petang semalam. Kami warga DSK dikejutkan dengan berita yang menyayat hati. Seorang dari rakan kelas kami, meninggal dunia akibat kemalangan. Mengapa kenapa bagaimana itu semua aku taknak tahu. Aku sedih.

Masa lepas maghrib tadi(semalam), aku dah siap2 nak pegi makan kat kedai depan. Tetiba hp aku bunyi. Shafiq(bdk wechat), dia chat aku.

"Kwn awk Ishak dh xde" (kawan awak, Ishak dah takde)

Bila aku baca macamtu, aku tak percaya. Bab mati weh nak dibuat main. Aku tak percaya sebab tengahari tadi(semalam) elok je dia datang kelas, buat kuiz AKPK, buat practical work Business Comm sesama. Elok je dia bergurau dengan aku, gelak2 semua.

"Ha?"
"Weh main2 la"
"Jangan la main2"
"Kiteorg elok je buat kuiz sesama tadi"

"Betul xtipu"
"Serius"

"Ishak abd razak ke?"

"Ye awk"

"Yg naik 125 biru tu?"

- kawan aku hantar dua keping gambar arwah kat tempat kejadian. -

"Kat mana ni"
"Serius la"
"Dia kat mana?"

"Dye dh xde awk" (dia dah takde awak)

"Kat mana ni"
"Jangan la main2"
"Awak"
"Awak jawab la"
"Awak kat mana ni?"

"Sy kt hw bru tu" (saya kat highway baru tu)
"Hw belakang" (highway belakang, highway baru buka shortcut ke pasir panjang)

"Hw belakang? Jauh tak?"

"Jauh jugak la"

Tu antara perbualan aku dgn member aku. Kebetulan dia ni pun rapat dgn arwah.

Aku bagitahu kat housemate, dia meraung sbb last arwah cakap dgn dia pasal solat. Arwah mmg rajin nasihat org bab2 agama ni. Tapi arwah ni mmg gila sempoi kalau korg kenal dia lagi dalam.

Aku nekad pakai tudung tadi. Nak pegi highway baru tu nak tengok arwah kat tempat kejadian. Aku pegi dgn zati.

Aku pusing ikut jalan taman poli sampai traficlight sunggala tapi tak jumpa. Dah sampai kat depan family store bdk kelas yg ada kat tempat arwah eksiden tu kata jenazah otw ke hospital pd. Aku terus tunggu kat hospital memandangkan jarak family store ngn hospital tak sampai 500meter kat depan.

Sampai kat hospital, aku tunggu Atikah n geng sampai, kiteorg terus ke unit forensik. Tapi berkunci. Masa tu Puan Juhana(lect Business Comm/ PA kami) pun ada dgn seorg anak dia. Lebih 10 minit kami tunggu bilik tu bukak tapi takde org. Diorg kata pusing belakang ke bilik mayat.

Kami pusing kami tunggu. Aku ingatkan jenazah dah kat dlm bilik tu. Rupanya sbb takde petugas yg on call, jenazah tu masih dlm truck polis. Lebih 20minit gak tunggu petugas on call sampai. Bila dia bukak pagar, terus mereka(polis) keluarkan jenazah dari truck polis.

Pakcik polis tu laung,

"Siapa nak tengok arwah buat kali terakhir, sila masuk. Sebab lepas ni tak buka dah"

Bila aku masuk tu, pakcik polis tu tengah buka beg mayat tu.

Satu perkataan terdetik

"Ya Allah.. Memang dia yang..."

Terus mengalir air mata aku. Wajah dia tenang je. Macam tengah tidur. Aku tak tau nak kata apa masa tu. Sebak sedih. Masa tu aku pejam mata aku terbayang muka arwah, tubuh arwah masa dalam kelas tadi.

Tapi siyes tadi aku pelik. Selalu arwah orang yang second or last sampai kelas. Kali ni arwah sampai kat kelas awal gila kau tahu?

Aku pun terperli dia dengan niat saja nak bergurau,

"Weh pahal awal gila kau datang kelas harini? Kau mimpi dapat markah kuiz A ke weh?"

Masa tu arwah balas apa ntah aku tak ingat tapi harini mood arwah happy semacam.

Memula arwah duduk sebelah aku, pegang nota akpk nak study. Pastu tetiba mak aku call. Aku jawab la. Then dia blah pegi sebelah ayu. Pastu kami borak2. Aku cakap la dgn arwah,

"Weh harini Zati macam Madam Shima. Cer kau ambek gambar madam pastu letak sebelah dia"

Arwah buat bebetul tadi. Pastu kiteorg tengok, hahaha serius sama. Kiteorng semua gelak2 la bagai kan.

Time kuiz arwah duduk belakang aku. Lepas tu lect suruh tanda kertas org belakang n hadapan. Kebetulan. Aku tanda kertas arwah, arwah tanda kertas aku. Masih segar dalam ingatan aku, soalan true false tu arwah betul semua.

Lepas tanda tu arwah tak tolong totalkan. Aku dah siap aku guna hp aku. Pastu suruh arwah tulis markah n sign. Aku letak hp aku atas meja arwah, arwah acah nak ambek hp aku.( arwah mmg suka usik org )

Lepas habis kelas akpk, kelas law takde.

Pastu pkul 1 bdk kelas bgtau kelas business com skrg. Kebetulan puan suruh buat assignment tu smpai siap. Kami duduk satu baris. Arwah bincang ngn ayu. Aku, zati n fatin bincang bertiga tapi semua tiru jawapan hahahahahahaha

Lepas tu kami balik.

Sebab tu aku gila terkejut masa member aku gtau pasal tu.

Sambung cerita bilik mayat---

Aku nangis aku peluk Ayu. Lepas tu aku keluar. Aku habiskan sisa tangisan. Lepas tu aku dengar puan juhana kata apa ntah.

Budak kelas kata nak iring jenazah ke muar naik bas poli. Tapi tak semua boleh pegi. Masa tu aku marah jugak la tapi lama lama aku redha. Aku dapat jugak tengok arwah buat kali terakhir.

Ni aku masih tak tido lagi dan jam pukul 5 pagi. Aku tak boleh tido. Aku masih terbayang kenangan dgn arwah. Arwah banyak tolong bab assignment. 3 sem satu kelas dengan arwah mmg banyak jasa baik.

Antaranya arwah ada marah aku pasal aku selalu ulang alik pd melaka semata pegi jumpa ex aku. Ada betul jugak tapi semua nasihat tu aku jadikan pedoman. Thanks sabahat.

Then, puan kata,

"Awak semua boleh balik la. Sebab diorang takkan buka sampai esok pagi bilik mayat ni. Apa apa kita tunggu esok. Siapa nak ikut ke muar pagi2 tunggu kat foyer pengarah"

Kami tunggu jugak dlm 10minit sbb masing terkejut tak sangka. Arwah orangnya sangat baik, gurau kasar cemana pun tak pernah simpan dalam hati, ada dulu masa buat assignment, masa tu dia tengah ada problem dgn gf dia, dia duduk sebelah aku, cerita..

"Weh pika.. Aku tengah putus cinta ni"

"Kenapa beb? Cerita lah"

"Ni ha blablablablabla "

Arwah ni memang. Dia sekali bukak mulut, habis membebel dia. Tapi seronok. Serius la aku masih terngiang2 suara dia dalam minda aku.

Lepas tu kami balik. Dak2 ni ajak lepak kedai Fasha. Serius mood semua kelaut. Terkejut.

Aku rasa bdk2 kelas mesti takleh tido. Yup sebab aku pun tak boleh nak tido. Aku terbayang masa kat bilik mayat tadi. Serius Ya Allah dia... Mayat terkujur atas stracher tadi tu dia. Pakai baju kelabu fav dia, seluar slack warna khaki. Ya Allah........

Pagi nanti punya jalan cerita aku masih taktahu tapi pukul 2 tadi budak kelas ada share nak lawat jenazah buat kali terakhir sebelum post mortem pukul 8-9.30pagi. And then diorang kata,
"Kalau kita tak dapat iring sampai muar, kita tengok kat hospital je ye"

Aku rasa lega juga tapi nak juga pegi tengok buat kali terakhir.

Alfatihah

Muhammad Ishak Bin Abdul Razak
14April95-2Ogos16

29 July 2016

Bosan


Assalamualaikum.

haha malam ni boring gila sebab esok pun kelas pukul 10, then kelas tu just aku nak print task je.

sebab aku malas nak print masa hari rabu tu :-
- malas nak berebut2 macam orang tak makan seminggu
- malas nak tunggu printer tu kosong.
- puan ada bagi masa sampai hari jumaat, so aku nak gunakan hari jumaat dengan seelok2nya
-sebab aku nak kerja aku nampak siap cantik dan perfect

biasalah, benda free. semua la nak berebut gunakan kemudahan.

lagi hari rabu tu aku takde mood. siyes aku rasa macam nak tumbuk je monitor pc tu huhu

pastu ada la potong que, tamak printer, buang masa orang bagai. tulah sebabnya aku malas nak berebut dengan kanak2 ni.

terima kasih kat Puan jugak sebab masih bagi masa untuk print sampai jumaat. tak suka la buat kerja kelam kabut pastu salah la apa la. huhu




hey i miss u. Aminul Akmal yg superb comel ^_^



aku tak balik pun minggu ni sebab crush kat miat tu dia busy kawad. ntah pebenda la. hahaha zaman aku dulu sem 1 je merasa masuk kawad ni. sem 3 mana ada dah. heyy awak, pakai sunblock tau. kang hitam lak bf saya ni hahahahaha i miss u so much

aku rasa lebih selesa hubungan yang macamni kot sebab aku rasa tak membazir masa. kalau rindu baru la ws ke call ke. yes i miss u Aminul Akmal.

rindu nak tenung muka awak pakai spec yang cute tu. huhu

aku pun takde plan apa. aku tak call ibu lagi tanya pasal sabtu ni. taktahu la jadi ke tak. kalau jadi, hope je la diorang plan berkelah kat PD. sesungguhnya aku malas nak gerak jejauh. kalau setakat kat PD ni 5 minit pun aku leh sampai kat Pantai Teluk Kemang sana tu :p

kalau diorang pilih Ulu Bendul, kena la call kakak suruh ambek aku kat seremban ke mana ke. aku gerak pi Seremban naik bas lah., hahahaha ni cerita malas nak bawak moto jejauh punya pasal

ibu cakap nak berkelah dengan anak menantu (yaaa aku pun anak ibu gak hahaha)

lagi? entah. tu je kot ceritanya. bye

18 April 2016

Rasa nak menulis tapi taktahu nak tulis apa.

Asssalamualaikum.

Dah lama aku tak on blog ni. sejak dah habis kelas kat lab poli tu.

eh sebenarnya banyak je post yang aku drafkan tapi aku delete jugak sebab taktahu nak sambung apa. apa yang aku tulis ada la dua tiga kerat ayat hahahahahahaha..


Okey. sekarang tengah cuti semester. aku ingat nak cari part time, tapi macam tak sempat je sebab kak aku nak kawin dah. so aku la kena bantu prepare kawin kak aku ni. aku kena siapkan bunga penanggah, hurm k banyak sangat nak kena buat hahaha

selama aku menghilangkan diri ni, dunia banyak mengajar aku tentang erti kehidupan,

aku tak sangka,...

:)

and and and ! haha ada cerita ni.,

masa aku jadi penyambut tetamu majlis Konvokesyen 25 polipd haritu, aku ada berkenalan dengan seorang senior ni. boleh tahan hensem la. hahaha nama dia Irfan. aku panggil dia abang la sebab tua setahun kan. (hari pertama)

and masa majlis tu juga, aku dapat bergambar dengan abang Amin. kehkeh
abang amin ni, dah lama aku minat kat dia (crushing). sejak hari MSK(minggu suai kenal/ Orentasi poli) la. masa tu aku just berani usha dari jauh la. bila nampak dia depan mata, aku pandang je. masa sem 1 bila malam khamis (malam wajib PI) aku cari dia. perhati dia dari tempat ruang solat perempuan. hahahaa. nak cerita cam kelakar pulak tapi aku just suka tengok muka dia je xD
and dia dah pun konvo ;) Tahniah abang amin~ aku masih simpan lagi gambar kenangan kami berdua, hem hem. Gambar malam siswa siswi tu aku masih simpan dan akan terus disimpan. ;)

nak jadikan cerita, aku nak sent gambar kat dia guna fb sebab aku takde no whatsapp dia. lepas tu maybe masa majlis konvo tu dia ada login messenger kat tab kawan dia, and sampai masa tu dia lupa nak logoff and kawan dia punya tab tu maybe tak perasan kot, so kawan dia tu bagi la no whatsapp abang amin kat aku. aku tegur la bebaik. bagi salam semua la. haha aku ingat dia tak layan aku. rupanya dia okey je.

masa majlis konvo yang aku ajak dia bergambar tu, aku ada luahkan something kat dia. aku teringat lagi kata2 dia sampai sekarang, "gudluck okeyy sem 5 kan blablabla~" haha masa aku bagitahu tu dia macam terkejut dan senyum sampai ketelinga juga la. hahaha dia kata takde pun seorang mahasiswi yang suka kat dia siap mintak bergambar bagai xD aku je la kot yang pecah rekod ke cemana ni xD xD

okey sambung cerita berwhatsapp tu, haa malam aku ws dia tu, aku bagitahu la pasal kawan dia tu. then aku pun bengong(maaf sebab terlampau la nervous ahahaha) aku lupa yang fakta2 kenapa kawan dia boleh pegang messenger fb dia tu xD then dia mintak gambar masa konvo tu sebab gambar tu pakai camera hp aku. then then, kami borak2 la. aku bagitahu lagi sekali pasal benda tu. dan aku cakap aku serius. (serius apa yang aku cakap tu la bukan serius ada relay pape -_-)

dia kata, dia hargai sangat2 apa yang aku semua tu la. then aku ada selitkan sekali gambar malam siswa siswi tu, dia mesti ingat sebab dia kata takde mahasiswi  yang sanggup tegur mintak bergambar berdua dengan dia hahahaha pastu dia kata dia ada cerita dengan bestfriend dia, ada mahasiswi mintak bergambar sama. mesti ada agenda tersendiri. xD

masa dia kat camtu, aku nak tergelak pun ada sebab memang lah dah aku suka kat kau ahahahahahahaahahha tapi aku cam segan gak nak chat dengan dia. sebab entah. sebab dia senior kot. taktahu la kenapa aku rasa cam aku ni rendah dan terlampau sedar diri sangat2 ;(

lepas kejadian malam tu, dalam dua tiga hari lepas tu dia ada la tegur aku kat ws. kami borak2 la cam biasa. dia tanya sihat ke tak blabla.

yang takleh bla tu dia ni suka psiko orang. ada ke ayat dia , "mesti bawak tido kan gambar abang tu pastu bayang jadi wife abang blablabla~", -_- aku rasa sumpah mengarut gila wehhhh mana ada sampai camtu. just buat wallpaper hp ada la sampai bayang jadi wife ko tu takde la hahahahha mengarut ahhhhhh

Dia kata dia dah lama tahu aku selalu perhatikan dia, masa tu aku rasa cam MALUNYAA YA ALLAH DIA TAHU KE SELAMA NI HAHAHAHAHA muka aku masa tu dah merah gila tahan malu punya pasal, and dah la malam tu aku nak gi kelas Macro. hahahahahahahahahahahahah orang kedua berjaya buat muka aku merah macam udang kena bakar. xD

dia kata dari petang ke malam dan afdol membawa ke tido hahahahaha aku mampu balas hahahahaha gelak je la kan.

lepas tu, dah lama gak la kiteorang menyepi sampai dia tegur aku dulu. hehehe. tanya kabar blabla. and dia kata gudluck final.

dia kata ramai kawan dia kata dia macam Bear. so aku panggil dia abang bear je. haha dia pun cam suka je. btw serius laaa dia makin tembam n mok sekarang ni. tak macam zaman aku sem 1 dulu kurus fit fit sado je badan dia. muka pun takdak la tembam camtu. hahahahaha btw you look so cute when you smile :)

dia kata dia dalam proses mendebabkan badan, dia kata dia suka debab badan blabla. aku pun sokong je la sebab dia gemuk ke kurus ke ape ke dia tetap hensem dimata aku cehcehcehcehceh hahahahhaha

hahaahahahahahaha

okey la tutup la cerita pasal abang bear yang sangat comel ni hahahaha

okey nak cerita lagi ni.

awal bulan ni, aku ada kenal sorang mamat ni. dia cute gila, pakai spek, cinonet dan... budak sem 6. nama dia.. haha malas ah nak gitau sape. aku kenal2 dengan dia, lama tau aku ajak dia lepak minum. tapi cam2 alasan dia bagi, dia kata tunggu la sampai dia habis paper. aku dengan setianya la tunggu dia. and malam dia habis paper tu kami keluar lepak makan. dah la esoknye tu aku ada paper hahahahahahaha

okey la sampai sini je kot nak cerita. kang cerita lebih2 ada org envy pulak. huhu kbai wasalam~
 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring