Domo-kun Staring -->

18 February 2018

Kawan Sampai Kawin. INSHAALLAH :)

Assalamualaikum. hai. rasanya macam dah lama aku tak menaip kat sini. lama tak mencurahkan idea. 

Alhamdulillah. hidup aku sekarang ni terasa lebih aman dan bahagia. tak tahu la lepas je aku putus, hidup rasa tenang.. semua urusan makin dipermudahkan olehNya. mungkin sebab aku dah tinggalkan satu laranganNya. mungkin :)

btw skrg ni aku kerja dah. kerja bebiasa je dan bukan ikut kelulusan aku. takpe aku syukur sebab bos aku baik gila. Bos aku Cina. kau ingat senang ke nak jumpa bos bangsa Cina yang take care dgn semua staf dia? susah kot. so aku dah janji dengan diri aku sendiri yang aku akan usaha untuk memajukan diri aku sendiri, dan bagi banyak keuntungan utk company. aku kerja apa? btw aku kerja ejen TM je. Jual pakej Unifi/Streamyx. selain tu skop kerja aku kena layan cust. walaupun soalan tak berkaitan dgn TM pun aku pernah jawab. HAHA. selain tu terima pembayaran bill pelanggan. upgrade pakej. banyak jugak la kerja aku kena buat. kena follow up kes customer. kena call cust. macam2 hal la kena handle. ada juga customer yg sukar utk handle pun aku kena. so terima sebagai satu cabaran dan lebih menyabarkan diri aku ni haa. aku ni kan cepat naik hangin tapi kerja mcmni memang melatih diri aku jadi seseorang yang lebih penyabar. FUHH. haha

selain dari pasal kerja je aku nak cerita, aku sebetulnya nak cerita pasal tajuk kat atas tu. whattt aku ni cepat cari pengganti ke? lol habistu kalau dah putus tu kena sendu tunggu orang yang dah taknak dengan kita ke selamanya2? aku move on je la. aku ada gak try ws tapi macam hambar je yela dari kekasih jadi kawan. hambar gila aku rasa. aku tanya sepatah dia jawab sepatah. ada dia ws aku dulu pun sebab nak mintak gambar(dulu dia pinjam hp samsung aku ni)

so nak jadikan cerita, satu petang ni, ada la seseorang mencabar aku, suruh aku buat People Nearby, so aku pun buat laa tanpa rasa ragu. then tengah2 aku scroll2 tu, aku nampak satu profile yang macam aku kenal(pernah nampak). pastu aku check kat twitter. YUPPP dialah! dulu aku pernah DM dengan dia, aku saja join thread cari jodoh kat twtgemuk. pastu dia tegur(reply) kot tweet aku tu. kat situ kiteorg sembang panjang la sampai dia DM aku. masa tu aku dok menganggur lagi kat rumah. so dia tanya la pasal tak cari kerja ke apa semua. 

aku sebenarnya segan nak cakap. aku bagi la alasan apa tah. masa tu, aku bukan aku. bukan diri aku. aku dalam kemurungan. aku sebenarnya sihat tapi aku tak tahu kenapa aku jadi macamtu. sebab perbuatan orang tabur pasir kat periuk nasi aku agaknya buatkan aku serik nak cari kerja. sebab tu aku menganggur. bukan aku taknak cari kerja dalam masa terdekat lepas aku berhenti speedmart. aku sayang sebenarnya kerja speedmart tu walaupun kerja tu penat sebab kerja tu seronok kalau staffnya semua okay. tapi nasib aku, nak tolong kakak punya pasal sebab masa tu dia takde staff n dia baru kerja balik lepas bersalin, kena campak kat kedai yang pecah n baru lepas kes main duit dan main barang(curi barang), aku ni kekonon nak bagi semangat kat kakak aku la sebab tu aku sanggup nak tolong dia sementara dapat kerja lain masa tu(masatu aku baru habis belajar). kakak aku masa tu dah takde semangat nak kerja. yelah diibaratkan kena cuci taik orang berak. apa kau rasa? sakit kot nak buat balik kedai tu jadi cantik. 

btw ni ilmu2 kt speedmart la yg aku belajar.
-kedai cantik : kalau korang selalu masuk speedmart, barang penuh cantik tersusun, banyak stok tak pernah putus(bukan kedai high sales). tu maknanya manager dia buat kerja dgn betul, suruh staf buat kerja.

-kedai pecah : banyak barang tak ada, padahal ada je dalam stor. bila masuk nak cari barang mesti barang tu takde. rak banyak kosong. sah kedai pecah

-main barang : ambil barang tanpa bayar(scan kaunter)(mencuri)

-main duit : curi duit kedai(tak amanah)

btw speedmart Salak Tinggi ni salah satu kedai kedua High Sales selepas branch Dengkil belakang KFC tu. 

tadi kan, ada customer datang. dia kata dia duduk Bintang mas. Dia kata manager situ hensem. aku rasa abg Rahim kot. abg rahim memey la salah satunya boss SPEEDMART yang paling hensem dan paling cekap kat area sini YA ALLAH kuatkan la hati aku ni HAHAHAHA. dulu kerja dengan dia sumpah melting hari2 tengok boss sendiri hensem. dia punya skil kira duit bapak laju nakmati macam mesin kira duit tu xD

tapi dengar2 abg rahim pegang dua branch, Bintang Mas dgn Shaftbury Square. Ya Allah rindunyaaa kat Bintang Mas. mereka macam family bagi aku. nanti gaji nak beli sate la kat situ. nak jumpa kak rani, durga, bedan, emy... RINDU GAISSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!

hahahahahaha masa kerja dengan dia dulu bukan aku rasa dia hensem pun. dah berhenti dari Bintang Mas baru aku tahu Ya Allah bos aku ni HENSEM kah3


k dah habis cerita pasal speedmart. haha ni kes terlebih rindu dgn bintangmas family ni xD

then kat branch... taknak ah sebut nama tempat tu, yang bertahan pun seorang makcik tua. orang negeri -------. aku tak tau la maybe org negeri2 tu memang perangai mcmtu kot tahlaaa. macam2 wei dia buat tabur pasir kat periuk nasi staf lain. staf negeri dia sendiri dia jaga. tapi org lain dia tak suka mcm2 dia buat utk bagi bos nampak buruk kt org lain. aku cam sumpah takleh bla. kau dapat apa sial buat macamtu? HQ speedmart tak bagi bonus pun kat kau weiiii! dia pun buat benda yg sama kat aku lepas kakak aku berhenti jadi manager kat situ. dia tak tahan sebenarnya dgn manusia perangai mangkok jamban mcmtu(lagi hina dari khinzir wei perangai manusia ni)

sampai la satu hari tu aku saja ponteng kerja(sebab aku time tu ada masalah dgn ex aku), so aku xinform pape pun dgn bos aku. esoknya tu aku dtg kerja mcm biasa. then dia maki aku depan cust. KEBABIAN apakah orang tua bodoh? kau ada masalah kau cakap la kimak kenapa kena maki2 orang? masa tu aku memang dah tak tahan tapi bos aku(assistant mgr) suruh aku tunggu boss besar aku habis cuti. aku dah taktahan siot nak kerja dgn manusia mcmtu. ye memang bukan dia yg bayar gaji aku but kau tahan ke kena maki hari2? ada je salah. aku dah cakap aku nak transfer tapi kena tunggu bos besar gak so aku malas n aku tak datang terus kerja. tapi syukur sbb bos aku tu masih baik hati lagi kira gaji aku. alhamdulillah gaji aku masuk. mekasih miss. :')

aku taknak la buat apa2 kat org tua bodoh tu sebab org2 mcm dia kan suka main bomoh siam. aku taknak sebab dendam nanti diri aku merana. cukup la dulu family aku orang buat sebab dengki pasal pokok mangga. aku taknak jadi benda yg sama. takpe Allah maha melihat. dia buat macamtu dengan orang, kifarah tu wujud. nanti kifarah tu datang, kau punya family susah baru tahu. 


so sebab tu aku down. orang tak tahu masalah aku. orang hanya tahu caci hina maki aku. orang tak tahu apa yang aku rasa. aku pendam sorang2 selama ni. ada bf(ex) pun takde guna. bila hidup aku jatuh, dia pun pergi tinggalkan aku. aku redha. takpe. satu hari nanti aku akan berjaya juga. :)

okay sambung cite psl twitter HAHA

lepas tu aku tak balas DM dia. diam mcmtu je la sampai aku add dia kat people nearby. aku hantar kat greetings tu "awak ni bukan mamat kat twitter tu ke?" pastu dia approve aku n kiteorg chat. haha aku nervous gak masa tu. dia sempat tanya aku dah kerja ke belum. aku cakap dah :D pastu dia tanya kat mana. aku cakap la kat kipmall. dia kata kenapa jauh sangat xD 

hahaha aku tak ingat masa tu dia kata dia stay area kota warisan. so malam tu kiteorg decide nak lepak. aku time tu tengah kerja. so macam awkward sikit. tapi masa tu aku sorg kot tak ingat. dia tunggu aku sampai aku habis kerja tutup kedai n .. dia ajak lepak mamak. masa kat mamak tu dia order air extrajoss. dan aku tetiba cakap dua! hahaha aku lama betul tak pekena extrajoss huhu

kiteorang lepak borak n last sekali mak aku call sbb dah pkul 11 tu, aku sempat selfie dengan dia. ni gambar nya hahahaha







lepas dari lepak malam tu, boleh kata tiap2 malam kalau dia free dia dtg teman aku kt tempat kerja. n skrg ni dia rajin pulak belanja aku waffle. tadi dia belanja aku greentea chill2. hahaha.

tipu la kalau aku cakap aku takde perasan pape kat dia. aku memang ada rasa kat dia tapi dia taknak aku berharap. dia kata dia suka berkawan dengan aku. n memang niat aku cuma nak berkawan dengan dia. sebab dia pun baik je dengan aku. orang yang tengok, orang lain salah anggap padahal aku dengan dia kawan je. tak lebih pun. dia ada habit yang suka selfie so tiap kali kiteorang jumpa memang gambar wajib snap. hehe

so tak salah kan kalau aku nak kawan dengan dia sampai aku jadi yang halal buat dia? doakanlah jodoh aku dengan dia :) aku memang sayang dia... tapi jodoh kan kat tangan ALLAH? Allah kata ada jodoh aku dengan dia, ada la. cuma kita sebagai manusia yang kena usaha. :)


Awak, kita kawan sampai kawin okay? :)


2 comments:

Noor Maizan said...

Mai pun hilang kerja sebab org aniaya (rompak kedai), phewww. sedih tau.

Apapun semoga hubungan korang terus happy sokmo, selamat berkawan sampai kawin~!

Eika Schapika said...

@Noor Maizan

Takpe. Bukan rezeki kita kerja kat situ. InshaAllah nanti ada rezeki yang lebih baik kan... hehe terima kasih doanya tu :D

 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring