Domo-kun Staring -->

24 October 2017

All About 99 Speedmart - Kerja kerja kerja

Assalamualaikum.

okay. sebabkan aku tengah ABC so aku takde la kisah nak solat ke apa ke maghrib2 ni HAHA.

dah lama sebenarnya aku tak update blog, kekangan masa memang membataskan aku untuk on laptop dan online. HAHA



okay lah taknak bebel panjang utk mukadimah,,, Aku nak cerita pasal 99 Speedmart.

sebelum ni aku memang seorang customer yg suka borong jajan kat situ sebab MURAH gile la dari kedai lain. Kau sendiri boleh bezakan harga barang2 kat situ. sampailah kakak aku pun kerja 99 Speedmart sebagai Pembantu Pengurus Cawangan atau nama pemes dia ABM (Assistant Branch Manager). sejak tu kalau kakak aku cuti banyak la dia borong barang bawak balik rumah(topap barang2 kt rumah)

masa tu kakak aku kerja kat Senawang. then setahun lepastu kot kakak aku mintak tukar kat area rumah aku(tak berapa dekat la). cuti sem 5 dulu aku kerja bawah kakak aku sbgai staff partime. kat situ mulanya aku kenal selok belok speedmart.

masa tu aku kerja dalam sebulan stgah(2 kali gaji) gak dpt. haha. kat situ seronok, staff lain anggap aku mcm adik/kawan diorg. aku memang tak rasa menyesal la kerja situ. then aku berhenti sbb aku nak sambung sem 6.

lepas aku habis blaja aku menganggur. masa tu kakak aku baru lepas cuti bersalin n terpaksa pindah cawangan lain. kakak aku kata kedai tu teruk n perlukan bantuan aku sbb aku pernah kerja dulu. so aku dgn rela hati tanpa paksaan aku tlg kakak aku dgn cara keje kt situ. payah gila nak sembunyikan identiti adik beradik ni sebab SPEEDMART tak boleh adik beradik kerja dalam satu cawangan yang sama.

lepas tu kakak aku rasa terbeban dgn komitmen, kakak aku cari kerja lain n dapat. masa kakak aku last kat situ aku masih lagi kerja sbb tu je kerja yg ada. aku bersyukur.

aku tak paham la kenapa semua orang mempertikaikan sebab speedmart jual arak?

WHY WHY WHY?

10 blog yg aku baca buat posting psal kerja 99 Speedmart ni semua pertikai pasal sales arak.

LOL

habistu yang kerja kat Tesco, Giant, 7E tu tak jual arak ke? yup memang sales arak diorang tak seberapa nak banding dgn Speedmart tapi pegang jugak.
-diorang ada staff bukan islam yg boleh handle pasal arak segala benda haram ni

---HABIS TU yang kau isap rokok hari2 tu tak haram ke?---

hahaha

Sorrylah. ni aku nak bagitahu. 2 orang dari 10 orang MELAYU, memang minum arak. tapi kenapa
kita tak tahu? sebab ada ke orang buat jahat tunjuk depan umum? takde kan? ni berdasarkan pengalaman aku kerja kat situ, ada org negeri *****, ******** dan sebagainya........ yup ada je org Melayu ISLAM minum. dan siap beli kat speedmart lagi. aku kalau nampak muka ISLAM aku tanya mintak ic utk pengesahan. kalau bukan islam ic kan takde tulis islam walaupun nama islam(sebab aku ada member org asli yg nama dia mcm nama aku juga)

dulu ada sekali aku pergi interview jawatan admin(tapi MLM) punya la,,,,(PENIPU). salah seorang dari calon tu bekas ABM dah naik ke BM n dia berhenti sebab ARAK. wth? kau nak buat cemana, speedmart ni company cina. CEO dia cina OKU.(kau jangan fikir org kelainan upaya tak mampu berjaya....)

aku dengar mamat tu cakap blurghhh kejap. dulu dia posting ABM kedai tu takde jual arak n naik BM kedai dia posting tu ada jual arak. Kakak aku cakap kat N. Sembilan ni boleh kira dengan jari je la beberapa kedai yg takde jual arak. kalau nak tahu, 20% dari untung kedai tu arak semata2. jarang tau org beli arak setin dua je. selalu x 5 tin, 10 tin xpun 1caton terus diorang beli.(kaya weh org2 minum arak ni)

kat sini aku nak bgtau harga dia.
Carlsberg - RM 5.50/can
Tiger - RM 5.90/can
Anchor - RM 4.95can
Joly Shandy -  Rm 1.40/can
Skol - rm 4.99/can
Heinekein rm 6.70/can

(kalau takde perubahan harga)

berdasarkan harga yg aku bg tu, kalau kau darab 10. phew haha. belum lagi 1 caton punya harga.

-------------------------------------------------------------------------------

okay tutup cerita pasal ni. aku cuma nak cakap, kalau kau rasa kerja pegang arak walaupun kau tak minum tu HARAM, kau boleh kerja sebagai Ustaz, Ustazah.... tak pun kerja MCD, KFC. haa tu jamin halal walaupun ramai bukan islam datang beli.

aku rasa selagi kau tak minum arak tu, aku takde la rasa haram walaupun terpaksa pegang acah2 islam sangat(xpayah acah sangat macam solat kau 5 waktu terjaga, macam tak pernah pegang tangan pasangan kau yg haram tu LOL)

tak usah tipu la solat kau penuh, tak pernah buat dosa lain.

Cara kakak aku senang je. rasa haram sangat gaji kau dapat walaupun kau kerja yg halal tak mencuri merompak,,, kau nampak org mintak sedekah buta ke apa ke,, kau bagi la sedekah. tak pun belanja anak2 customer aiskrim blabla as long as nampak bersedekah. janji kau ikhlas.

_____________________________________________________

aku masa kerja dgn kakak aku dulu tu pernah mintak sbagai ABM. pernah pegi interview kat jalan kebun. tapi kena hold sbb aku masih staff kat cawangan blabla. aku selalu lambat HAHA.

tadi baru dapat call, pergi iv lagi kat jalan kebun. haha. so aku dah tahu soalan tricky.... hope aku berjaya aminnnn

memandangkan aku masih jobless........ sobssss

Nak tanya apa apa pasal speedmart just tekan link ni

https://fxka16.sarahah.com/

✨✨✨

3 comments:

Anonymous said...

Hi! Boleh share tak soalan soalan yang ditanya & soalan soalan tricky masa iv for ABM tu? Thank you :)

luqman fadhly said...

Assalamualaikum! Maaf bertanya, boleh kongsikan soalan-soalan tricky tu tak sebab nanti saya nak pergi iv untuk ABM jugak 😅

Eika Schapika said...

@luqman fadhly

@Anonymous

Harap korang dah dapat kerja tu. maaf tak boleh balas sebab dah lupa la. huhu maaf

 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring