Domo-kun Staring -->

23 September 2015

Tips Mencari Tempat LI Untuk Pelajar Politeknik.


Assalamualaikum.

Hai! aku baru je lepas lect pemantau datang dan sekarang ni dalam minggu 14. Hahaha dalam prosedur kata minggu ke 10 tapi selagi belum habis ke 17 atau 18, berharap je la ada fax dari poli yang terdekat tu sampai kat opis engkorang semua yaa. Macam aku, Politeknik Port Dickson dan Sepang ni takde lah jauh mana dengan PD sampai dia nak hantar lect dari poli yg lain macam poli nilai atau poli banting.

Okeylah ni bukan nak cerita pasal tadi, ni nak cerita pasal Tips Mencari Tempat LI yang sesuai dengan engkorang semua.

Okey.

1. Kena Ready Dari Segi Mental dan Fizikal.
►Kenapa aku kata begini? Weh korang,, tempat yang korang nak LI tu bukan nya datang bergolekkkk. Ni korang kena cari sendiri, bergantung kepada kos yang korang ambek. macam aku ni ambek kos Sains Kesetiausahaan atau Secretary, so aku lebih memilih Pejabat sebagai tempat aku untuk LI. Benda ni lebih kurang korang nak pegi mintak keje kat mekdi atau kedai2 tu la. Benda yang sama just takde iv je. Korang kena pegi cari sendiri, naik kenderaan atau guna kudrat 4 kerat korang tu utk cari dan kenal pasti tempat yang korang nak mohon untuk LI tu. btw, masa korang nak hantar resume nanti pun maybe ada org kt opis tu psiko kau. hati2 ye. jangan sampai korang nangis pulak.



2. PENTING- Hadirkan Diri Ke Taklimat LI.
►Ni wajib. Kalau korang rasa korang tu mengulang LI takpe kot. Ni bagi yang memang first time nak pegi LI. Taklimat ni amat penting bagi korang. Korang tak payah nak dengar kata anasir lain katanya takpayah pegi taklimat ni boring lah apa lah. Pegi je! sebab ni ilmu dan info berguna untuk korang masa LI nanti. Kat situ ada la pegawai LI akan terangkan cara2 nak pilih tempat, apa yang perlu ada apa yang perlu dibawa blabla semua tu. Dah pegi tu DENGAR. jangan korang sibuk selfie la gossip mak jemah pasal musuh ketat la. Itu semua korang kena campak tepi dulu. Yang penting dengar dan ambil notes info2 penting.



3. WAJIB Cari Tempat LI dan Tinggal Dengan Parents!.
►ni memang wajib dan digalakkan sebab pihak poli sendiri yang mintak. kalau boleh elakkan la utk tinggal dengan abang/kakak/makpak sedara/sepupu/kawan atau lain2. sebab kalau berlaku apa2(mintak jauhkan), senang untuk berhubung dgn pihak syarikat,ibubapa,politeknik semasa LI.



4. Cari Tempat LI Yang Dekat Dengan Rumah / Ada Kemudahan Kenderaan Awam / Yang Senang.
►Yang ni paling penting. Ada kalangan kita ni nama je dah masuk U dah masuk IPT, tapi manja kalah budak umur 3tahun. ada pulak yang takde transport/takde lesen utk gerak kemana2. Btw, at least korang kena ada lesen Motosikal untuk zaman 2015 ni. Lainlah kalau korang duduk kat KL sana tu banyak monorel/lrt/ktm yang boleh korang guna. ni rumah ceruk terperuk dalam sana pastu takde transport, susah weh. Aku kata pasal ni sebab ada jadi kes, ada member yang takda transport, tempat LI jauh, lepas tu merengek2 dengan pegawai LI poli kami nak mintak tukar tempat LI masa dah start LI. Kalau tahu takde transport jangan mintak jauh2. Nanti rekod kita buruk sebab selalu datang lambat. Kita ni kalau boleh dah besar gini belajarlah BERDIKARI. jangan harap mak ayah lagi untuk jaga korang sampai beranak pinak. Tapi ada sesetengah orang pulak mak bapak dia yg sendiri masih larang utk ambek lesen moto/ada kereta sendiri and etc. itu aku xleh nak kata apa sebab mak bapak pemikiran tak sama. bagi aku, sejak aku form 4 lagi dah ada lesen moto, mak bapak aku suruh aku belajar susah sikit. lagipun mak bapak aku keje. so aku takleh nak harap diorang bawak aku pegi urusan penting bila waktu kerja. mak bapak aku kerja swasta dan bukan keje yg opis gini. semua urusan berkaitan poli aku urus sendiri, bukan macam sorang tu. semua mak dia urus. -_- dan sebab apa aku suruh cari tempat LI yang ada kemudahaan kenderaan awam? in case kalau makpak korang kerja dan takde sapa boleh hantar so korang boleh la pegi keje sendiri dan tak perlu susahkan sesiapa.



5. Kenal Pasti Firma/Syarikat Yang Korang Nak Mohon.
►Ni pun penting. sebab selalunya student dapat tempat LI lari dari bidang. macam contoh si A ambek Pertanian, tapi pulak pegi mintak kat pejabat aeroangkasa, so tak sesuai la. Lari sangat apa yg korang belajar dan nak kerja. LI ni adalah utk pengalaman kita merasai suasana alam pekerjaan yang sebenar la. Kalau korang ambek kos Elektrik, Pastikan la korang mintak tempat yang berkaitan dan sesuai dengan bidang korang. At least takde la buku jurnal korang tu kosong :p



6. Jangan Cari Tempat LI tu LAST MINUTE.!
►Ni pun satu budaya student, suka buat kerja last minute!. KENAPA AKU KATA BEGINI? sebab ada je member aku, diorg lengah2kan nak cari dan uruskan pasal LI, dan last sekali kena ponteng kelas untuk balik rumah cari tempat LI. Taknaklah begitu. Seeloknya masa cuti mid sem korang dah boleh pegi merayau cari firma/syarikat yg korang rasa yakin dia terima.By the way, nak cari dan nak terima jawapan firma tu dia ada tempoh. setiap poli akan bagi tempoh tersebut. Kalau masih tak dapat tempat LI dalam tempoh yg dia bagi, jangan risau, korang boleh naik ke UPLI(Unit Perhubungan dan Latihan Industri). Cari tempat last minit ni bukan saja menyusahkan korang, malah menyusahkan poli jugak. seyes!



7. JANGAN TAMAK.
►ada juga beberapa entry blog lain kata hantar je resume bebanyak nanti diorg terima kau in case kalau semua taknak kau. WEH INI SALAH!. aku dah kena. aku mohon 3 tempat, lepas tu dua2 dapat. dan kena tolak salah satu. Masa taklimat LI tu dia dah bagitahu, mohon satu syarikat dulu. kalau syarikat tu tolak permohonan kau, barulah cari tempat lain. jangan main sebat je weh. lastly kena maki balik dgn staf UPLI. haha.
by the way kalau dah termohon lebih dari satu syarikat dan semua terima kau? macamana nak buat? korang kena pilih salah SATU sahaja syarikat mana yang korang nak LI, dan yang lain tu kena buat SURAT PENOLAKKAN LI. cemana surat tu? boleh google lah hahaha


8. Jangan Ikut Kawan.
►Masa ni, kau kena pentingkan diri sendiri dan erti kata lain, SELFISH. bukan selfie ye. haha. Kau jangan ikut kawan nak pegi mintak tempat LI tu. Kau pegi je cari sendiri. masa ni la kau kena hidup sendiri. benda ni pun banyak kali pegawai LI poli aku kata. sebab nanti kalau mohon sama2, lepas tu kau xdapat, nanti kan jadi gaduh. takmau la gitu. so better cari sendiri2 je. dah dapat baru la korang nak kepoh je nak lari satu kampung ke HAHAHA.


9.Bawa Dokumen Yang Berkaitan Semasa Nak Mohon.
►macam poli aku, diorang dah siap generate surat rasmi dari poli utk mohon kebenaran LI kat situ. dan dah siap resume. so aku tinggal edit dan print dan tepek gambar je. masa korang nak tanya tu kena bawak benda2 ni supaya tak perlu 2-3 kali nak ulang alik utk hantar dokumen rasmi yang berkaitan.



10. Elaun. Penting atau Tak?
►FYI, kalau korang memilih LI di Kerajaan, tiada peruntukkan ELAUN utk korang dan swasta pun kebanyakkannya tiada peruntukkan LI juga. so benda ni takdelah mendesak sangat utk memilih tempat LI sekiranya tinggal dengan family. kalau tinggal sendiri(rumah sewa dll) sangat pentingkan elaun ni. sebab tu la pihak poli/uni/kolej korang mohon sgt utk korg tinggal dgn parents. btw aku setakat ni masih Alhamdulillah even tak dapat elaun, aku gunakan duit ptptn dengan sebaiknya sebab aku menyimpan separuh. tapi kalau tempat korang LI tu ada elaun, itu satu lebihan bagi korang. :D


11.ADAB. MANNERS.

HAHAH yang ni agak kelakar aku nak cerita. kat tempat aku LI ni ada la haritu sorang MINAH ni dengan sehelai sepinggang lenggang kangkung, masuk opis aku LI ni nak tanya supervisor aku(memang dia penyelia pelajar praktikal kat opis aku LI ni) ada terima pelajar praktikal tak. kau tau dia kata apa?
"Kat sini keje fotostat2 je ke?"
hahaahaha ni supervisor aku sendiri yang cerita taw. hahaha. kau rasa, mana pegi adab kau weh minah? budak kolej/uni mana la ni. takde adab langsung. haa korang jangan pulak tanya soalan pelik2 masa nak tanya, nak hantar resume tu. mau orang kat situ label korang ni takde adab. supervisor aku dah kata awal2 kat aku pasal minah tu, "dia tanya macamtu mesti pemalas orgnya ni". so kau sendiri boleh agak kalau korang tanya soalan yang tak beradab? haha. sebetulnya bagi salam, dan tanya elok2, guna bahasa dan nada yang sopan. baru lah orang respek korang dan sekali gus naikkan martabat poli/uni/kolej korng(SIYES NI)

12. Follow Up Lepas dah Mohon.

IMPORTANT. masa korang tinggalkan resume korang kat syarikat/opis/firma tu jangan lupa mintak nombor telefon pejabat diorang utk korang follow up. ini amat penting sebab korang kena tahu status permohonan korang. sekiranya diorang menolak, nanti pihak depa akan hantar balik borang jawapan LI tu ke poli dan poli akan terima. sekiranya terima pun sama ja tapi korang kena la ambek balik sekiranya tak sampai. kalau sampai okey dah tu, hehe. follow up dengan cara call diorang. call waktu pejabat la. dan guna bahasa yang sopan. baru la orang respek korang :D


By the way, semua nak hipster, dan depa akan guna la perkataan INTERNSHIP. Sama je maksud tiga perkataan ni. INTERNSHIP / PRACTICAL//PRAKTIKAL / LATIHAN INDUSTRI. jangan tanya kat org lain sebab buat kena gelak je haha.

ni je tips yg aku nak bagi, nak sambung buat keje. byeee~

2 comments:

Flashing Light said...

Salam, ni nak tnya skit kalau kita pilih syarikat dari laman web poli perlukah kita hantar borang resume atau poli yg buat kan?? ;-)

Eika Schapika said...

@Flashing Light

wasalam. masih perlu hantar sebab sebenarnya kita kena cari sendiri by the way, ada list firma yg pihak poli sediakan tu just memudahkan kita je. kena call la kalau nak tahu masih ada ke tak tempat kosong utk LI. :)

 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring